seismik

Sering Komen 'What Country Is This' Di Komen Video TikTok, Ramai Pula Nak Cari Lelaki Ini

Bersepah-sepah komen mereka ni.

Cover image via TikTok , @sasisavage31 (TikTok) , @fiquekahauu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok merupakan platform yang menjadi kegilaan ramai tidak kira yang muda mahupun tua

Pelbagai jenis konten kita boleh lihat dalam TikTok ini seperti konten ilmu, hiburan dan sebagainya.

Namun, sebagai netizen adalah perlu untuk kita mengawal kata-kata kita sebelum komen pada konten seseorang, takut nanti ada pula yang memakan diri.

Lain pula dengan yang terjadi sekarang, jika anda boleh perhatikan di mana-mana video viral TikTok pasti ada individu yang menggunakan gambar mat salleh menulis 'Which country is this?'.

Image via TikTok

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki meluahkan rasa meluatnya pada komen yang sering dibaca di video-video TikTok.

Komen yang berbunyi 'What country is this?' sering dilihat di merata-merata video di TikTok sehingga membuatkan lelaki berkenaan 'menyembur' komen tersebut.

"Aku tak bolehlah tengok, kejap-kejap dia keluar. Apa yang kemaruk nau kau ni," ujarnya.

Malah, komen-komen tersebut sering dikeluarkan dengan username berbeza tetapi masih gambar profil yang sama.

Ada juga yang berseloroh mendapat komen yang sama dan mahu mencari pelaku tersebut. 

Menyampah betul tengok kalau dia komen, dekat mana-mana ada :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: