Shuhaily Kembali Ke PDRM, Penempatan Sebagai Ketua Pengarah AKPS Ditamatkan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat minggu lalu susulan status Shuhaily yang bertugas di AKPS menerusi kontrak peminjaman kader daripada PDRM.

Cover ImageCover image via Astro Awani & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas penempatannya sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) ditamatkan

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat minggu lalu susulan status Shuhaily yang bertugas di AKPS menerusi kontrak peminjaman kader daripada PDRM.

Menurutnya, urusan selanjutnya berkaitan penempatan itu akan disusuli pihak polis, manakala pengganti Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS turut akan ditentukan pihak berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, memaklumkan status perkhidmatan Shuhaily dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan nasihat perundangan kerana penugasannya di AKPS selama dua tahun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

SAYS.com

Bekas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Image via Harian Metro

Perkara itu turut dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan lanjut

Pada 21 Oktober lalu, Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS