seismik

"Siapa Diana?" Cara Terbaru Uji Tahap 'Jealous' Yang Ramai Pasangan Dah Terkena

Ok yang ni memang betul-betul menguji tahap kesabaran dan cemburu seseorang.

Cover image via SAYS

Satu soalan, "Siapa Diana?"

Image via whicdn.com

Yang ni memanglah Diana Agron. Siapa tak kenal.

Trick "Siapa Diana?" ni tiba-tiba jadi trending di laman sosial. Semuanya sebab sorang lelaki yang bernama Izizree Zulkefli ni.


Pada 24 Julai 2015, @izizree ada tweet satu teori pasal perempuan yang agak kelakar. Dengan hanya guna soalan "Siapa Diana?", orang ramai pun mula rasa musykil betul ke teori Izizree ni boleh diguna pakai.

Masih tak faham? Meh sini nak explain sikit.

Macam ni...

Cuba kalau korang si lelaki ni terlibat dalam satu kemalangan atau apa-apa kecelakaan, lepastu korang bagitau girlfriend korang ada perempuan nama Diana tolong hantar pergi hospital.

Lepastu tengok soalan apa yang girlfriend korang tanya dulu.

Adakah dia akan tanya "Siapa Diana?" atau tanya soalan pasal keadaan diri korang?

Menurut Izizree, perempuan mesti akan tanya soalan pertama tu dulu. Teori Izizree mengatakan yang perempuan lebih concern nak tahu pasal Diana, bukan pasal keadaan boyfriend dia yang kemalangan.

Ish ish.

Faham? Bagus. Tapi sejauh mana teori Izizree ni berkesan? Ramai orang yang curious nak tahu jadi masing-masing dah mulakan eksperimen.

Hasilnya? Tengok ni...

Maka bermulalah orang ramai muat naik screenshot perbualan dengan pasangan. Misinya hanya satu iaitu nak tengok sama ada pasangan mereka ni terkena atau tak dengan trick ni.

Nampaknya, ramai yang dah torkono!

Kelakar rasa bila baca. Teori Izizree ni memang benar dan berkesan. Orang perempuan lebih suka nak tahu siapa sebenarnya Diana daripada benda lain.

Perempuan je yang kena test? Eh lelaki pun kena jugak. Hasilnya? Memang berbeza. Smooottthhh...

Ada jugak yang nak buat tapi tak jadi. Siap ada yang kena bahan balik dengan pasangan. Tetttt!

Plot twist: Dia nak kenakan orang tapi dia kena counter attack balik sampai dia yang jealous. Kesian.

Mungkin jugak Teori Izizree ni hanya berkesan kepada pasangan yang belum kahwin.

Cuba tengok respon suami dan isteri kat bawah ni. Masing-masing cool dan lebih mementingkan keselamatan pasangan :)

Eh siapa kata semua perempuan jealous? Marah orang-orang perempuan kalau cakap macam tu.

Ini buktinya. Ada jugak yang tak kisah langsung pasal Diana (atau mana-mana nama perempuan yang digunakan).

Eh siapa kata semua lelaki tak jealous? Tukar je nama Diana tu jadi Haikal, Afiq, dan Syafiq lepastu tengok apa jadi. Lelaki pun kuat cemburu buta jugak taw.

Apa-apa pun, tak kisahlah kalau korang nak test kat pasangan korang trick ni.

Nasihat kami, sila berhati-hati sebelum mencuba. Jangan sampai ada yang mengamuk sudah la ya. Parah nanti.

Persoalannya, siapa Diana? Lol :D

Image via tumblr.com

Yang ni pun Diana jugak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Aduuhh, yang ini pun lawak:

You may be interested in: