seismik

"Simpan 1001 Memori" - Pengguna TikTok Kongsi Video Karpet Buat Ramai Imbau Zaman Study

Bukan karpet biasa.

Cover image via @lilafiqqq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi sesetengah orang, waktu belajar di universiti merupakan memori yang paling sukar untuk dilupakan

Terutamanya buat mereka yang tinggal di asrama universiti, memang banyak pengalaman suka dan duka yang diharungi bersama rakan-rakan. Ia memang satu kenangan yang tidak akan boleh diulang kembali. 

Baru-baru ini, tular seorang pengguna TikTok yang berkongsi video karpet yang digunakan di asrama universitinya telah membuatkan ramai sebak.

Lihat video penuh itu di bawah:

Karpet jadi saksi 1001 kenangan ketika belajar di universiti

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lilafiqqq, kelihatan rakaman dia sedang membasuh karpet yang digunakan di dalam bilik asrama universitinya.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia memasukkan kompilasi gambar dan video memori dia bersama rakan-rakan di dalam bilik asrama bersama karpet tersebut.

Dia juga sempat menulis di ruangan kapsyen, "Don't worry it's just a memory. Simpan sini buat kenangan". Hal ini membuatkan ramai yang teringat akan waktu ketika mereka masih belajar di univerisiti.

"Aku dah lalui zaman ni. Life must go on dik. Dah kerja nanti lagi makin hilang kawan-kawan. Bukan hilang sebenarnya just masing-masing bawak haluan masing-masing" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga yang turut mengimbau zaman belajar mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 920.8K views, 158K likes serta 1.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sebak pula tengok video ni. Kenangan zaman belajar memang yang paling susah nak lupa! :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: