seismik

Viral Isu Sijil Palsu, UiTM Bangunkan Sistem Semak Keaslian Graduan Bagi Elak Penipuan

Lepas ni tak boleh nak tipu lagi!

Cover image via malaysiable.news

Minggu lalu, media melaporkan terdapat sindiket yang menjalankan jualan sijil palsu diploma, sarjana muda dan sarjana universiti awam dan juga swasta

Sijil ini dijual pada harga yang berbeza mengikut tahap akademik sehingga mencecah harga RM3,000. 

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, wartawannya telah menyamar sebagai pembeli mendapati sindiket yang beroperasi dari Puchong, Selangor itu hanya menjual sijil palsu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Segi.

Sijil diploma serta ijazah sarjana muda palsu UiTM masing-masing ditawarkan pada harga RM1,000 dan RM2,000. Manakala, sijil diploma palsu Kolej Segi dijual pada harga RM2,000 dan ijazah sarjana muda dan sarjana dikenakan bayaran RM3,000.

Shafizal, individu yang didalangi sindiket itu berkata, sijil tersebut dicetak dalam bahasa Me­layu dan Inggeris

Sindiket tersebut mempromosi khidmat pencetakan sijil palsu melalui laman web dengan meminta orang ramai yang berminat menghubunginya melalui e-mel terlebih dahulu sebelum memperoleh nombor telefon untuk dihubungi.

Dengan beberapa langkah mudah tersebut, seseorang dapat memiliki sijil palsu tersebut untuk memohon pekerjaan dalam sektor swasta.

Disebabkan itu, UiTM telah mengambil inisiatif dan langkah selamat buat majikan dan sesiapa sahaja di luar sana untuk menyemak keaslian graduan UiTM

Sistem Semakan Graduan UiTM atau juga dikenali sebagai UiTM Graduate Quick Search ini, akan membuktikan seseorang itu benar-benar graduan dari universiti tersebut dengan hanya memasukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan graduan.

Setelah memasukkan nombor pelajar/kad pengenalan/nama penuh, sistem ini akan memaparkan nama graduan, program dan sesi akademik dan tahun konvokesyen graduan jika mereka benar-benar merupakan graduan UiTM

Bagaimanapun, sistem ini hanya boleh mengeluarkan maklumat graduan dari tahun 2003 ke atas.

Pada kami, inisiatif yang dijalankan oleh UiTM ini sangat baik bagi menentang sindiket menjual sijil palsu dengan berkesan.

Institut pengajian lain juga boleh mengambil langkah yang sama bagi mengelakkan sindiket ini terus berleluasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel mengenai UiTM di sini:

You may be interested in: