Yakin Solat Anda Selama Ini Sah? Ini 10 Basic Kesalahan Ketika Solat Yang Ramai Tak Sedar

Sama-sama kita perbaiki solat di bulan Ramadan ini okay? 😉

Enlarge text
Cover ImageCover image via Pesona Pengantin

Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Ini kerana jika seseorang itu mendirikan solat fardu lima kali sehari, dia seolah-olah telah menegakkan agamanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majlis Ulama ISMA

Selain itu, solat juga ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT dalam membimbing manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa.

Itu merupakan falsafah ulung dalam solat. Ini kerana cukup pada masanya, setiap umat Islam wajib untuk menunaikan perintah Allah itu tanpa melengahkannya.

Solat juga sepatutnya meninggalkan impak positif dalam mendidik kita sentiasa fokus terhadap tugasan harian. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya." (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2).

Namun begitu, adakah kita semua yakin bahawa solat yang didirikan itu diterima oleh Allah SWT?

Ini kerana mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa terdapat beberapa adab ketika solat yang kita terlepas pandang. Justeru itu, ia membuatkan solat yang didirikan itu rendah kualitinya ataupun tidak diterima oleh Allah SWT.

Oleh itu, perlu diingatkan bahawa mungkin sesetengah orang telah atau masih melakukan kesalahan basic ketika solat namun tidak disedari. Namun, ia perlu diperbaiki untuk memastikan solat kita diterima oleh Allah SWT.

Di bawah merupakan 10 kesalahan basic ketika solat yang dilakukan tanpa sedar:

1. Tidak berdiri lurus

Bab berdiri, berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan rukun solat. Bagi yg sakit pula, boleh terus duduk.

Image via Umroh.com

2. Takbiratul Ihram

Lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dlm kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ. Takbiratul ihram dgn suara angin (seperti suara orang berbisik) juga boleh dilakukan yang penting kita dengarkan pada telinga kita.

Image via Google

3. Bacaan surah Al-Fatihah tidak betul

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yg wajib dilafaz 100% oleh mulut dgn makhraj & tajwid yg betul. Baca Al-Fatihah dlm hati/ menggunakan suara angin juga boleh dilakukan.

Image via Astro Awani

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud

Kadar minimum rukuk & sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Bila nak rukuk, sujud, jeda antara perbuatan tu kena jaga, dalam kadar lafaz subhanallah. Buka terus sujud kasi hantam itu dahi atas sejadah.

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai

Anggota sujud yang wajib dikenakan ke atas lantai adalah dahi. Hidung bukan anggota wajib sujud. Bahagian lain walaupun rukun sujud, tapi tak wajib kena direct pada tempat solat. Hanya dahi yang wajib ada sebahagiannya kena tanpa lapik. Yang lain boleh berlapik.

Image via Daily Hijrah

6. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal

Nak i'tidal, angkatlah tangan dengan penuh bersopan. Namun begitu, angkat tangan berkepak macam mana sekalipun masih sah solatnya. Cuma adab sahaja yang tak kena. Sunnahnya tak buat begitu, bukan bermaksud tak boleh.

Image via null

7. Dada berpaling dari kiblat

Semasa nak solat, berdiri atas sejadah tu, kita mmg tahu position kiblat dekat mana, tu wajib. Tapi sedar tak kenkadang kita tak halakan dada tepat pada kiblat?
Kalau kiblat menyerong, dada pun ikut menyerong. Kalau tegak, maka tegak lah ia.

8. Mengenakan pakaian nipis

Perempuan mmg paling kena peka bab ni. Jangan atas tutup habis dgn telekung, tp kain pulak singkat atau jarang. Nampak kaki.

Kadang kala pakai baju terlalu nipis & ternampak jelas warna kulit pun tak boleh.

9. Memejam mata ketika solat

Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Tp jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar, & menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan maka ianya dibolehkan.

Image via Google

10. Salam

Tak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Kena belajar lagi bab beri salam.

Sumber: Twitter @AinulNunanaa & @syedkadir

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: