“Lepas Solat Isya’, Pergi Clubbing. Sah Ke Solat Aku?” - Lelaki Ini Beri Jawapan Sebenar
"Tiada apa yang sia-sia. Yang sia-sia adalah orang yang tidak solat."
Solat merupakan tiang agama. Dan sesungguhnya amal yang mula-mula akan dihisab pada hari kiamat ialah solat seseorang.
Tambahan pula, jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak dapat merasai ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Sebab itulah ramai yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.
Namun, ibadah kepada Allah ini haruslah dilakukan secara sukarela dan bukan dalam bentuk paksaan. Sesiapa sahaja yang bergelar umat Islam mempunyai hak tersendiri untuk tunduk dan sembah kepadaNya.
Tiada siapa yang boleh menghalang mereka untuk berbuat sedemikian.
Seperti perkongsian @shukery_azizan di laman Twitter miliknya di mana dia dilontarkan soalan adakah solat seseorang itu sah jika setelah selesai solat, seseorang itu pergi kelab malam dan minum arak?
Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Adakah solatnya sah?
Shukery walau bagaimanapun menjawab soalan itu dengan positif. Perkongsian yang ditulis melalui rangkaian tweet tersebut telah berjaya meraih lebih 14.2 ribu retweets dan 16.4 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Soalan yang diberikan kepadanya agak mengejutkan.
Namun, dia terharu kerana individu tersebut masih risau akan ibadahnya kepada Allah.
Dia berkongsi tentang kisah ini untuk mengingatkan orang ramai untuk tidak pernah tinggal solat walau apa jua perkara buruk yang dilakukan