"Sah Ke Tak Tu? Macam Patuk Ayam Laju Je" - Kisah Krew Kabin AirAsia Dikecam Ketika Solat
Tak patut betul dalam surau pun nak bergosip. Haih...
Bila bercakap tentang ibadah kepada Allah SWT, setiap insan yang hidup di dunia ini wajib sujud kepada Allah. Tak kiralah tua, muda, kaya, miskin, berkemampuan atau tidak, anda masih milikNya.
Ibadah kepada Allah dari segi istilah bermaksud khusyuk kepada Allah SWT dan merendahkan diri kepadaNya. Ianya juga turut meletakkan fokus ketundukan dan kepatuhan seseorang manusia itu hanya ditujukan kepada Allah SWT.
Malah, asas ajaran Islam ialah iman dan ibadat kepadaNya wajib disembah secara sukarela dan bukan dalam bentuk paksaan. Sesiapa sahaja yang bergelar umat Islam mempunyai hak tersendiri untuk tunduk dan sembah kepadaNya.
Tiada siapa yang boleh menghalang mereka untuk berbuat sedemikian.
Yang penting, niat anda dalam melakukan ibadah kepadaNya harus diperbetulkan terlebih dahulu. Ikhlas dan sucikan niat anda.
Seorang pengguna Instagram @hajar.ek telah berkongsi luahan hatinya melalui Instagram stories yang dimuat naik baru-baru ini. Ia mengisahkan tentang seorang anak kapal AirAsia dicemuh ketika sedang solat.
Allahu...
Kenapa sampai macam itu sekali dibuatnya? Jika anda ingin tahu cerita penuh, boleh baca perkongsian di bawah ini:
"Sah ke tak solat tu? Macam patuk ayam laju je ha.."
Sampai menitis air matanya pada ketika itu. Mungkin kerana tidak tahan dicemuh sebegitu rupa.
Mungkin ramai mengganggap bahawa kerja sebagai anak kapal ini tidak memerlukan pelajaran tinggi, namun sebenarnya kerja mereka adalah lebih berat iaitu menjaga keselamatan penumpang
"Angkat beg untuk letak dalam compartment di atas itu sebenarnya bukan kerja anak kapal dan ada sebabnya kenapa mereka tidak ditugaskan untuk melakukan kerja itu"
Mungkin masyarakat perlu lebih membuka mata untuk fahami dengan mendalam tentang isu ini. Jangan asyik nak bergosip je.
Kesimpulannya, jangan menilai orang lain berdasarkan cara pemakaian, pekerjaan dan faktor-faktor lain. Perbuatan seperti ini akan membuatkan orang lain berasa seolah-olah ada yang tidak cukup dalam diri mereka.
Jadi, elakkan diri daripada menilai orang lain ya.
Sumber: Instagram @hajar.ek