seismik

[VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar Dedah Fatwa JAKIM Untuk Solat Di Angkasa Pada Masa Hadapan

Dr Sheikh Muszaphar sememangnya sering berkongsi tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas. Sangat menarik!

Cover image via Instagram @drsheikhmuszaphar

Angkasawan negara yang pertama, tidak lain tidak bukan, Dr Sheikh Muszaphar baru-baru ini telah memuat naik sebuah klip video tentang bagaimana cara beliau solat ketika berada di angkasa lepas

Image via Rojak Daily

Mungkin masih ramai yang masih belum tahu tentang fatwa yang betul untuk solat ketika berada di angkasa. Persoalan yang sering ditanya adalah, "Solat di angkasa kena ikut waktu negara mana?", "Bagaimana cara untuk ambil wuduk?", dan sebagainya.

Segala persoalan itu telah terjawab selepas Dr Sheikh Muszaphar memberitahu fatwa yang telah dibincangkan olehnya dan pihak JAKIM mengenai cara untuk solat di angkasa bagi semua angkasawan beragama Islam pada masa hadapan.

Lihat video penuh di bawah:

BAHASA:

Saya adalah individu beragama Islam ke-9 yang telah pergi ke angkasa dan memutuskan dengan Jakim untuk mengeluarkan fatwa tentang bagaimana solat akan dilakukan di angkasa untuk angkasawan Islam pada masa hadapan nanti.

Cabarannya adalah matahari akan terbit dan terbenam setiap 45 minit. Ini kerana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) membuat satu pusingan lengkap mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari.

Jadi bagaimana cara untuk menunaikan solat di angkasa?

1. Masa solat berdasarkan waktu di Kazakhstan kerana saya dilancarkan dari Baikonaur. Oleh itu, saya memakai 3 utas jam tangan ketika di angkasa.

2. Wuduq - Air sangat terhad, jadi Tayammum adalah cara terbaik.

3. Arah kiblat adalah bumi sendiri.

4. Ikat kaki atau badan menggunakan tali supaya anda tidak terapung.

Dalam video tersebut, anda tidak dapat melihat kaki saya yang sebenarnya telah diikat.

P/S - Saya ingin mengubah fatwa iaitu setiap umat Islam perlu ikuti waktu solat di Mekah untuk solat di ruang angkasa. Ini kerana 2 orang angkasawan Islam yang dilancarkan dari 2 lokasi yang berbeza akan solat pada waktu yang berbeza.

Ianya langsung tidak masuk akal. Hanya perlu meyakinkan pihak JAKIM di seluruh dunia.

Dalam posting tersebut, Dr Sheikh Muszaphar juga turut menyuarakan bahawa setiap umat Islam harus mementingkan solat tidak kira di mana jua anda berada

Image via star2.com
Saya berharap akan ada lebih ramai umat Islam di angkasa tidak lama lagi. Amin...
Dr Sheikh Muszaphar

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini rupanya cerita disebalik perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan juga Dr Halina:

Tips yang sangat membantu!

You may be interested in: