Spa Dalam Kawasan Sekolah, Murid PPKI Terima 70% Hasil Pendapatan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk urutan tradisional, rawatan wajah asas, rawatan kuku tangan dan kaki.
Cover image via @syapik_hassan (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah spa yang dikendalikan murid berkeperluan pendidikan khas di SMK Pedas, Rembau, Negeri Sembilan, menarik perhatian ramai selepas kisahnya dikongsikan di Threads oleh pengguna @syapik_hassan
Dikenali sebagai Pedasian Spa, pusat perkhidmatan itu memberi peluang kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tingkatan satu hingga empat mempraktikkan kemahiran refleksologi yang dipelajari di sekolah.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk urutan tradisional, rawatan wajah asas, rawatan kuku tangan dan kaki serta rendaman kaki pada harga berpatutan.


70% hasil pendapatan diberikan kepada murid
Apa yang menarik, sebanyak 70 peratus daripada bayaran pelanggan disalurkan kepada pelajar sebagai komisen, manakala baki 30 peratus digunakan untuk menampung kos operasi seperti bil elektrik, minyak urut dan losyen.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid menjana pendapatan, malah membantu mereka meningkatkan kemahiran, keyakinan diri serta pengalaman berhadapan dengan pelanggan sebenar.
Lebih membanggakan, murid yang mengikuti program berkenaan dijadualkan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Micro Credential dalam bidang Refleksologi Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) apabila berada di tingkatan empat.


Malah, pelajar yang berbakat turut berpeluang membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi pertandingan kemahiran urutan refleksologi Massage Competency
Bagi penduduk sekitar Rembau, Pedas, Linggi dan kawasan berdekatan, Pedasian Spa beroperasi pada setiap hari persekolahan.
Pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan pada hujung minggu atau cuti sekolah dinasihatkan membuat janji temu terlebih dahulu.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


