seismik

SPRM Telah Membekukan 900 Akaun Bank Yang Mempunyai Kaitan Dengan Skandal 1MDB

Menurut sumber, antara akaun yang dibekukan adalah milik UMNO.

Cover image via FMT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun membekukan 900 akaun bank yang dikatakan berkait rapat dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Image via FMT

Menurut sumber, antara akaun yang telah dibekukan tersebut adalah milik UMNO. Selain itu, sumber juga menyatakan bahawa, "Mereka yang mendapati tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka sejak beberapa hari lalu, termasuk individu yang disiasat adalah kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB."

Malah, Naib Presiden UMNO iaitu Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mendedahkan bahawa pihak SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan juga UMNO Selangor. Tambah beliau lagi, segala tindakan dibuat sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan kembali.

Kes ini juga dikatakan akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak UMNO sendiri bagi membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam skandal 1MDB

Image via CNBC.com

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Zahid Hamidi berkata selagi beliau diberi kepercayaan untuk memimpin UMNO, beliau akan sedaya upaya menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk membuat spekulasi dan diskriminasi terhadap parti UMNO.

Selain itu, beliau juga turut berkata bahawa Menteri Dalam Negeri juga hampir meminta Pertubuhan Pendaftaran (ROS) untuk membatalkan pendaftaran UMNO dalam masa yang terdekat.

"Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pada pemilihan kali ini, tidak akan disiasat kerana kita bukan lagi kerajaan. Ini termasuk bekas Menteri Besar," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan bahawa tindakan itu akan menyusahkan pihak UMNO bagi menjalankan kerja pentadbiran serta urusan lain yang berkaitan

"Saya sangat-sangat khuatir dengan perkembangan terkini berkenaan dengan pembekuan akaun UMNO oleh pihak SPRM.

"Kalau dipilih sebagai Presiden UMNO, saya akan berusaha mempertahankan aset, akaun dan juga parti UMNO, diharapkan jika perlu diadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa dan juga kerajaan, saya akan tampil memastikan bahawa UMNO tidak terbabit," kata Khairy.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: