seismik

Pelanggan Tak Ambil Baki Duit Lepas Isi Minyak, Ini Yang Pengusaha Stesen Perlu Lakukan

Allah SWT melarang hambaNya memakan harta atau memperoleh pendapatan hasil daripada cara yang haram.

Cover image via Sinar Harian

Apabila mengisi minyak kenderaan secara tunai, kebanyakan kita akan memberikan sejumlah wang di kaunter sebelum mengisi minyak

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Lazimnya wang tadi melibatkan jumlah yang senang dikira. Contohnya, RM5, RM30, RM50 dan seumpamanya.

Menurut laporan, selepas minyak diisi penuh, kadangkala masih lagi berbaki beberapa ringgit. Kebanyakan daripada kita akan mengambil baki berkenaan, tetapi ada juga segelintir pelanggan tidak langsung berbuat demikian.

Sebaliknya, mereka terus berlalu pergi begitu sahaja. Barangkali mereka terlupa. Mungkin ada juga orang yang sengaja enggan mengambil baki tadi.

Namun begitu, apakah status wang baki tidak dituntut tadi? Adakah pengusaha stesen minyak itu boleh mengambilnya?

Sebelum menjawab persoalan itu, ketahuilah bahawa perniagaan yang jujur merupakan perniagaan yang disarankan oleh Allah SWT dan satu sikap terpuji dalam agama Islam

Antara prinsip asas muamalat dan sebarang urus niaga dalam Islam adalah berjual beli perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT. Pada masa sama, ambil keuntungan dengan cara yang benar, bukan batil.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (Surah al-Nisa’, ayat 29)

Ketika menafsirkan ayat berkenaan, Imam Qurtubi menyebut, Allah melarang hambanNya memakan harta atau memperoleh pendapatan hasil daripada cara yang batil.

Pada asalnya, segala jenis urus niaga termasuk dalam perkara yang dibenarkan syarak melainkan terdapat unsur penipuan, unsur riba, unsur jahalah (ketidaktahuan) dan unsur-unsur lain yang diharamkan oleh syarak. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 5/150)

Ia merupakan prinsip asas muamalat dan perlu dititikberatkan dalam semua jenis perniagaan termasuk stesen minyak.

Dalam hal status baki wang tidak dituntut oleh pelanggan, duit lebihan baki yang tidak dituntut tadi berhak menjadi hak milik pihak stesen minyak jika ia tidak diminta oleh pelanggan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Namun, seandainya lebihan baki tadi diminta, maka pihak pengurusan stesen minyak tadi wajib memulangkan semula. Ini termasuklah dalam kes mereka yang terlupa untuk meminta baki, kemudian datang semula menuntutnya.

Sekiranya pengurus stesen meragui kesahihan tuntutan yang diminta, kaedah fiqh menyatakan ‘bukti ke atas mereka yang mendakwa, sumpah ke atas mereka yang mengingkari’ akan terpakai.

Begitupun jika dirasakan duit lebihan itu kemungkinan akan diminta semula, justeru sebaiknya pihak pengurusan membuat tabung yang berasingan.

Langkah itu supaya dapat mengurangkan perselisihan faham dan pertengkaran terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan yang diragui kesahihannya.

Apa pun, pihak pengurusan stesen minyak disarankan untuk mengingatkan pelanggan agar mengambil semula baki wang mereka

Image via GIPHY

Dalam perihal status lebihan wang yang tidak dituntut pelanggan tadi, jalan keluar terbaik adalah dengan menyalurkan tabung duit lebihan untuk kegunaan maslahah umum seperti fakir miskin, wakaf tunai dan sebagainya.

Hal ini kerana ia lebih dekat dengan sifat warak dan berhati-hati. Tidak kiralah apa jenis perniagaan yang diusahakan, berlaku jujurlah dengan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai status duit baki minyak petrol yang tidak dituntut ini. Anda boleh klik di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: