seismik

Stesen Radio Era FM Didenda RM250,000 Oleh MCMC, Tiada Penggantungan Lesen Dikenakan

Kompaun yang dikenakan adalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025).

Cover image via Era & The Malaysian Reserve

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengenakan denda sebanyak RM250,000 kepada stesen radio Era FM

Menerusi laporan Berita Harian, kompaun tersebut dikenakan susulan radio terbabit memuat naik sebuah video yang mengandungi kandungan jelik didakwa melibatkan agama Hindu di laman sosial mereka.

Jabatan Peguam Negara telah meluluskan pengeluaran denda tersebut dan ia dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025).

Tiada penggantungan lesen dikenakan terhadap Era FM

Menurut MCMC, selepas meneliti rayuan syarikat penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd terhadap notis penggantungan yang dikeluarkan pada 7 Mac, pihak MCMC memutuskan untuk tidak mengantung lesen penyiaran radio berkenaan.

Perkara itu telah diputuskan setelah mengambil kira hujah yang dikemukakan dalam rayuan, tindakan pemulihan yang telah diambil oleh pemegang lesen, serta permohonan maaf rasmi daripada pihak yang terbabit.

Keputusan tersebut turut dilakukan selepas suruhanjaya berkenaan mempertimbangkan kesan penggantungan Era FM terhadap Melody dan Mix FM, yang beroperasi di bawah lesen yang sama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: