Sudahkah Anda Dengar Lagu 'Joget Selfie Raya' Ini?
Rentak joget, lirik menarik. Sangat disarankan untuk anda dengari supaya mudah anda dendangkannya di pagi raya nanti. Youtube disertakan sekali.
Nak menjadikan sesebuah lagu raya itu evergreen dan tak lapuk sepanjang zaman memang bukan mudah
Ada banyak lagu raya yang mudah dilupakan. Tetapi ada juga lagu raya zaman moden yang masih diputarkan sehingga ke hari ini, seperti lagu Anugerah Syawal dari Bunkface dan lagu Dato' Siti Nurhaliza.
Namun begitu kami yakin, lagu Joget Selfie Raya dari penyanyi yang menggelarkan dirinya L'Zzay ini juga bakal menjadi salah satu lagu raya yang viral dan evergreen tahun ini
Lagu yang dimuatnaik di channel Vevo L'Zzay ini menceritakan tentang....apa lagi kalau bukan selfie di hari raya. Lagu ini mempunyai rentak yang catchy dan liriknya kena dengan era muda mudi masa kini.
L'Zzay (disebut El-zey) merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu di bawah naungan Joe PRC dan Sony International Malaysia
Berasal dari Kuala Lumpur, menurut Twitter L'Zzay, selain dari berkecimpung dalam dunia muzik, beliau juga merupakan seorang penterjemah di IKEA Malaysia.
Berbalik kepada lagu Joget Selfie Raya, lirik lagu ini ada menyentuh tentang tentang manisnya si hijabista dan kumis ala Wak Doyok si teruna di hari raya
Ini bakal menjadikan winning point untuk lagi ini viral di kalangan remaja dan belia. Tak cukup dengan itu, lirik lagu ini turut memesan supaya selfie hari raya diletakkan #throwbackraya.
Lagu comel ini juga diserikan dengan pantun raya yang diberi nafas baru
"Mintak kak, nak selfie satu,
Sebelum upload jangan lupa edit dulu
Letak hashtag #ootd baju baru"
Memang tergelak dibuatnya. Dari mana agaknya L'Zzay dapat idea menggubah lirik lagu sekreatif ini agaknya ya? Kurma apa dia makan?
Tak dilupa pesanan dalam lagu ini, kalau ke pusara jangan nak berselfie pula. Ha, betul tu! Biarlah kita bersederhana kena dengan tempatnya.
Apa-apapun, kudos kami ucapkan kepada L'Zzay atas terhasilnya lagu yang sedap didengari dan lain daripada yang lain ini
Ini membuktikan golongan muda seperti L'Zzay masih menghargai lagu rentak lama dan mahu merapatkan ikatan kekeluargaan, walaupun zaman telah berubah dengan adanya kepelbagaian teknologi. Cuma caranya haruslah sejajar dengan zaman moden, betul tak L'Zzay?
Siapa kata selfie tiada manfaat? Di pagi raya, ia boleh jadi pengikat kasih sesama ahli keluarga.