seismik

Jangan Ambil Gambar 3 Orang Dan 13 Lagi 'Superstitions' Yang Orang Kita Suka Percaya

Masih relevan atau tidak ya?

Cover image via SAYS

Pantang larang atau superstitions orang Melayu merupakan kepercayaan zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang yang telah dibawa turun-temurun

Image via blogspot.com

Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. Ada pantang larang yang masih kita ikut kerana mungkin terjadi secara kebetulan.

Pantang larang orang Melayu kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Di sini, kami senaraikan 14 superstitions yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian.

1. Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua

Image via ZyraRoxx

Eh, tapi kalau dapat suami tua berpangkat Datuk yang kaya raya apa ada hal kan? Siapa tak nak hidup senang. :)

2. Budak-budak jangan duduk atas bantal, nanti punggung berbisol

Image via says.com

Bisol ni jangan buat main. Dia punya sakit kadang-kadang mengalahkan putus cinta. Serius sakit.

3. Jangan angkat kaki masa meniarap, nanti mak mati

Image via ytimg.com

Kalau dah main mak mak ni, baik kau jangan buat. Tapi bila fikir balik, macam selalu je buat masa baring kat bilik.

4. Orang perempuan jangan letak pinggan atas tangan masa makan, takut nanti rampas suami orang

Image via postimg.org

Kalau ikutkan gambar kat atas ni, ada 3 oranglah yang bakal rampas suami orang. Hmmm..

5. Tak boleh jugak letak pinggan atas riba, nanti suami diambil orang

Image via giphy.com

Kalau tadi rampas suami orang, yang ini suami diambil orang pula. Dah macam karma pun ada jugak. Nak selamat, makanlah sambil duduk dengan berhemah di meja makan.

6. Jangan intai orang mandi, nanti mata kena ketumbit

Tak kisahlah mata kena ketumbit ke tak kena ketumbit ke, kau janganlah gatal-gatal pergi intai orang mandi. Tak ada siapa pun yang ajar buat benda tak berfaedah tu.

7. Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk

Image via postimg.org

Agak-agak kalau ular masuk rumah, boleh tak jadikan payung tu sebagai perisai? Barulah macam cerita Kingsman.

8. Makan jangan berubah-ubah tempat, nanti kahwin ramai

Image via orzzzz.com

Mana-mana jejaka yang ada hajat nak kahwin 4 tu, bolehlah cuba cara ni. Mana tahu berkesan. :P

9. Waktu malam jangan potong kuku, nanti bawak sial

Image via tumblr.com

Kalau potong kuku pada waktu malam boleh bawak sial, potong kuku masa siang hari boleh bawak tuah tak? Kenalah fair!

10. Ambil gambar jangan bertiga, nanti salah seorang akan mati

Image via twimg.com

Apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap kat atas ni memang tepat sekali. Oleh itu, jagalah ibadah masing-masing ya semua. :)

11. Kalau nampak pelangi, jangan tunjuk dengan jari, nanti jari kudung

Image via Relaks Minda

Pelangi ni walaupun cantik, tapi dia ada kuasa mengkudungkan jari manusia. Lain kali kalau nampak pelangi, boleh tengok je. Tangan tu tolong simpan dalam poket untuk lebih selamat.

12. Jangan asah pensel sampai jadi lebih pendek daripada jari kelingking, nanti mak mati cepat

Image via blogspot.com

Selalu kita dengar pantang larang ni masa sekolah rendah dulu. Ingat lagi tak? Lepas dah asah pensel, pastikan ukur dulu panjangnya dengan jari kelingking. Kalau pensel lebih pendek, jangan guna!

13. Waktu maghrib, budak-budak dilarang main atau keluar rumah, nanti disorok hantu

Image via blogspot.com

Semua pun tahu, waktu maghrib ni lah banyak hantu keluar merayau-rayau. Boleh kata macam peak hours lah untuk mereka. Sebab tu bahaya untuk budak-budak bermain pada waktu ni.

14. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti dah besar melawan cakap

Image via twimg.com

Aduhai, sedih pulak tengok gambar makcik pegang payung dalam hujan ni. Anak-anak please jangan derhaka kepada ibu bapa ya. Hidup tak akan bahagia tanpa restu ibu bapa tau. Ingat tu!

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom layan cerita hantu asrama pulak:

You may be interested in: