Suri Rumah Ini Mampu Jana Pendapatan Sampai 5 Angka Sebulan Dengan Main PUBG. Wow!
Main game sambil buat duit. Fuh!
Di zaman ini, kebolehan teknologi yang pesat membangun telah membuka banyak peluang untuk kita menjana pendapatan sampingan sama ada secara online atau offline
Disebabkan itu, banyak suri rumah yang mula melakukan kerja sampingan demi membantu sang suami meraih pendapatan untuk keluarga.
Bukan sahaja dapat menguruskan rumah tangga dan anak-anak, malah suri rumah kini boleh mempunyai pendapatan, sama seperti wanita yang bekerja di pejabat.
Macam-macam yang suri rumah masa kini boleh buat demi menjana pendapatan sendiri. Ada yang menjadi agen dropship untuk sesuatu produk, ada juga yang membuat perniagaan secara online.
Paling menarik apabila terdapat suri rumah yang mampu memanfaatkan hobi sebagai cara untuk membuat duit sampingan.
Seperti seorang suri rumah ini yang mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan menjadi streamer untuk Facebook Gaming Creator.
Pendek kata bermain game sambil buat duit!
Menerusi sebuah temu bual bersama Zayan.my, Roslinda yang juga dikenali sebagai Miss Rose itu telah berkongsikan bagaimana dirinya boleh berkecimpung dalam dunia penstriman ini.
Roslinda yang sememangnya gemar mengisi masa lapang dengan bermain game mula melakukan penstriman ini sejak bulan 10 tahun 2018 selepas dicadang oleh adik iparnya untuk stream di Facebook yang secara tidak langsung dapat juga menjana pendapatan.
Menurutnya setiap hari dia akan membahagikan masanya mengendalikan urusan rumah tangga di samping menjadi streamer. Tambahnya lagi, dia turut mendapat sokongan daripada suaminya untuk bermain game PUBG.
Melalui pengalaman sepanjang melakukan penstriman ini, Roslinda berkata terdapat juga kata-kata yang kurang ‘enak’ ditujukan kepadanya. Namun semua itu tidak mematahkan semangat suri rumah ini.
Boleh lihat video penuh sesi temu bual bersama Roslinda di bawah:
Ternyata perkongsian Roslinda ini selain berjaya meraih perhatian turut menjadi inspirasi orang ramai
Melalui tinjauan di laman Facebook, berikut adalah antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen: