"Syahmi Safari Tutup Aurat Pun Masih Boleh Jaringkan Gol" - Netizen Sindir Syed Saddiq
Syed Saddiq sebelum ini tidak bersetuju dengan usaha yang ingin dilakukan pentadbiran negeri Terengganu yang mewajibkan atlet negeri tersebut untuk berpakaian sukan secara menutup aurat.
Semalam, 5 Disember, peminat bola sepak telah menyaksikan kemenangan Skuad Harimau Malaya menentang pasukan Gajah Putih dari Thailand dalam perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di Stadium Rajamangala, Bangkok
Harimau Malaya berjaya menyekat kemaraan pasukan Thailand dengan jaringan gol 2-2 di tempat lawan. Dengan kelebihan gol di tempat lawan, Malaysia mara ke perlawanan akhir pada 11 dan 15 Disember ini menentang sama ada Vietnam atau Filipina yang akan berentap malam ini, 6 Disember, di Stadium My Dinh, Hanoi.
Salah satu gol kemenangan telah dijaringkan oleh pemain jersi nombor 4 iaitu Syahmi Safari pada minit ke-28
Selain daripada kemantapan jaringan gol itu dilakukan, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan Syahmi yang dilihat menutup aurat. Pemain berusia 20 tahun itu dilihat memakai long sport tights yang menutup lututnya telah mendapat pujian orang ramai.
Bahkan, sejak dari awal lagi Syahmi sentiasa berpenampilan menutup aurat sama ada ketika berlatih mahupun semasa dalam perlawanan rasmi.
Ekoran perkara ini, terdapat segelintir netizen yang mula menyindir Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq kerana komennya di laman Instagram seketika dahulu
Syed Saddiq sebelum ini tidak bersetuju dengan usaha yang ingin dilakukan pentadbiran negeri Terengganu yang mewajibkan atlet negeri tersebut untuk berpakaian sukan secara menutup aurat.
Menurut beliau, apa sahaja pilihan pakaian atlet sepatutnya dihormati kerana mereka sudah pun menyumbangkan pingat untuk negara serta memberi inspirasi kepada semua termasuk dirinya. Oleh yang demikian, pemilihan pakaian tidak sepatutnya menjadi isu.