Tak Dapat Ke Unifi Arena? Rasai Bahang AJL40 Di Rumah Menerusi Aplikasi Tonton

Sambil layan di Tonton, jangan lupa undi juga Persembahan Terbaik AJL40!

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak dapat ke Unifi Arena? Jangan risau! Platform penstriman Tonton dibawakan khas untuk membawa kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) terus ke skrin penonton menerusi kempen "Jom Tonton Di Rumah"

Inisiatif ini membolehkan para peminat merasai kehangatan serta sorakan anugerah muzik berskala besar tersebut secara terus dari kediaman masing-masing dalam paparan Full HD dengan mudah, lancar, dan fleksibel menerusi aplikasi Tonton.

Menerusi kempen ini, penonton bukan sahaja dapat menyaksikan saingan sengit para finalis AJL40, malah berpeluang menikmati persembahan pembukaan serta selingan istimewa daripada barisan penyanyi terkemuka tanah air.

Bukan itu sahaja, penonton turut dibawa mengimbau kembali persembahan gilang-gemilang daripada edisi-edisi AJL terdahulu yang pernah mewarnai perjalanan empat dekad pentas berkenaan dalam meraikan arena muzik tempatan.

SAYS.com
Image via Tonton MY

Kuasa penentu Anugerah Persembahan Terbaik di tangan peminat

Sambil mengikuti setiap persembahan di skrin, peminat di rumah diberi kuasa penuh untuk menjadi sebahagian daripada penentuan Anugerah Persembahan Terbaik AJL40 menerusi undian rasmi.

  • Tarikh & Masa Undian: Dibuka pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam, dan berlangsung sehingga persembahan finalis terakhir AJL40 selesai.
  • Mekanisme Kredit Undian:
    1. Beli langganan Tonton 3 Bulan mulai 10 Ogos 2026.
    2. Setiap langganan layak menerima 300 kredit undian secara automatik.
    3. Satu akaun Tonton dibenarkan melanggan pelan berkenaan sehingga maksimum 10 kali bagi mengumpul lebih banyak kredit undian.
    4. Salurkan kredit undian untuk menyokong finalis pilihan anda sepanjang tempoh undian dibuka.

Ketidakhadiran ke Unifi Arena bukan lagi penghalang untuk berada di barisan hadapan. Saksikan AJL40 secara langsung menerusi aplikasi Tonton menerusi pelbagai peranti dan rasai sendiri bahang pentas berprestij ini terus dari skrin anda!

SAYS.com
Image via Tonton MY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik