Tak Kisah Apa Orang Kata, Ramai Setuju Dengan Datin Almy Nadia Bila Jawab Isu Berat Badan
Janji suami sayang.
Siapa saja yang tidak mengenali isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, iaitu Datin Almy Nadia bukan?
Pasangan romantis yang bersikap humble dan tidak pernah melatah jika dilanda soalan-soalan panas daripada pihak media itu sering dipuji netizen.
Salah satu komen yang sering Datin Almy Nadia dapat daripada orang ramai adalah apabila penampilan simple dan berat badannya selalu menjadi persoalan.
Terbaru, Datin Almy Nadia akhirnya menjawab beberapa soalan mengenai dirinya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berpijak di bumi yang nyata, jadi diri sendiri dan tak kisah apa orang luar nak kata
Menerusi video yang dikongsi oleh @keluarga.my, kelihatan Datin Almy Nadia menjawab isu tentang penampilan dirinya yang dikatakan terlalu simple dan bentuk badan tidak seperti dulu lagi.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila caranya menjawab soalan sensitif tersebut dilihat begitu tenang dan tidak ambil hati tentang apa orang kata mengenainya.
"Mungkin saya terlalu simple, tapi saya ada mission dan kerjaya saya sendiri. Saya tak kisah orang nak kata saya apa sekali pun. Saya sangat simple, saya tak boleh jadi orang lain"
"Saya jadi diri saya supaya saya berpijak di bumi yang nyata. Suami saya selalu pesan, kita ukur baju pada badan sendiri. Jangan ukur pada badan orang lain tapi kita cuba pakai pada badan kita sendiri," katanya.
"Pengorbanan seorang ibu, love Almy Nadia. Cukuplah kalau suami dia sayang dia. Yang penting dia still cantik and muka glowing!" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 2.2M tontonan, 154.3K tanda suka serta 5.3K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memuji sifat peribadi Datin Almy Nadia dan caranya yang menjawab soalan dengan profesional.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bentuk dan berat badan ni tak sepatutnya jadi isu pun sebab bukan semua orang bersikap terbuka. Nasib baik Datin Almy cool dan sporting je :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!