seismik

Tak Lengkap Menu Buka Puasa Tanpa 'Dessert', Ini Antara Menu Wajib Yang Perlu Ada!

#7 tu memang kegemaran ramai tak kira usia. Sedap sangat!

Cover image via SAYS

Waktu berbuka puasa adalah waktu yang paling dinanti oleh setiap orang yang berpuasa. Bila jam dah hampir waktu je, mesti semua akan standby depan makanan sambil tengok TV untuk dengar laungan azan.

Image via Tekno RC

Tapi bagaimana pula dengan menu yang akan disediakan tiap kali berbuka puasa? Mungkin tidak susah untuk anda fikir apa masakan utama yang akan dihidangkan, tapi kena fikir juga tentang menu pencuci mulut. Betul tak?

Kalau dah sibuk masak, hampir terlupa pula dengan menu dessert. Eh penting tau! Bila dah kenyang makan makanan pedas dan berlemak, mestilah teringin untuk makan makanan yang manis pula kan.

Ini antara menu yang selalunya menjadi pilihan anda sebagai dessert selepas makan:

1. Kuih Tepung Pelita

Image via Laman Resepi

Kuih Tepung Pelita merupakan pilihan ramai ketika di bazar Ramadan. Memang anda akan nampak banyak kedai yang menjual kuih yang sama dalam kuantiti yang begitu banyak. Sedap sangat!

2. Bubur Cha-Cha

Image via SAYS

Bubur Cha-Cha pun sedap juga kalau dijadikan sebagai menu pencuci mulut. Bahan-bahan yang diletakkan di dalam bubur ini memang simple je, senang untuk dibuat sebelum waktu berbuka.

3. Agar-agar berperisa

Mak siapa je yang tak pernah buat agar-agar ni. Menu ini adalah salah satu menu yang memang wajib ada dalam peti sejuk ketika bulan puasa. Nak buat bukan makan masa yang lama pun, sekejap je. Pelbagai jenis perisa anda boleh pilih. Sirap, milo, kopi dan sebagainya. Senang je!

4. Puding Karamel

Image via Jelita

Untuk anda yang sukakan menu yang lebih manis dan fancy, bolehlah hidangkan Puding Karamel ini sebagai menu pencuci mulut. Bahan yang digunakan senang untuk dijumpai dan cara untuk buat pun tak begitu susah. Boleh cuba. Kalau malas sangat, beli je di bazar Ramadan. Memang sedap!

5. Onde-Onde

Image via Chedah Kitchen

Onde-onde ini pun sedap juga kalau selepas makan nasi, masukkan dalam mulut lepas itu gigit dan dapat merasakan kemanisan yang ada dalam bebola kecil ini. Nikmat sangat! Nak buat boleh, nak beli pun boleh. Harga pun tak begitu mahal.

6. Kuih Cara Manis atau Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk

Image via mediapermata.com.bn

Kuih Cara Manis

Image via MamaMia Kitchen

Kuih Cara ini terbahagi kepada dua iaitu Kuih Cara Manis dan Kuih Cara Berlauk. Tapi selalunya orang akan menghidangkan kedua-duanya sebab memang sedap sangat. Walaupun untuk pemanis mulut, kuih cara ini sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa.

7. Donut! Fuh, ini menu paling sedap dan sesuai untuk dijadikan sebagai pemanis mulut.

Image via FoodPlease

Siapa je yang tidak menyukai donut, betul tak? Dengan pelbagai perisa yang dikeluarkan, banyak pilihan yang anda boleh pilih. Kuantiti pun tak begitu besar, tak begitu kecil. Sesuai untuk dimakan untuk semua peringkat umur. Sedap!

Anda seorang penggemar donut?

Ingin menjadi yang pertama untuk cuba donut dengan pelbagai jenis perisa baru yang bakal dikeluarkan oleh Big Apple Donut? JOM! :D

Image via Giphy

Bila berjalan di mana-mana shopping mall, kalau ternampak ada kanak-kanak yang mengamuk, menangis tak tentu pasal, apa yang anda akan lakukan?

Senang je! Ajak mereka untuk ke mana-mana cawangan Big Apple Donuts & Coffee sebab Big Apple telah memperkenalkan 36 jenis menu perisa baru untuk pelanggan setia di luar sana.

Wow menarik ni!

Ini antara perisa baru yang mula dijual di Big Apple Donuts & Coffee hari ini:

  1. D Dua Empat = Perisa durian yang sangat asli.
  2. Pandan Bear = Perisa pandan pertama yang dijual di Big Apple Donuts & Coffee.
  3. Roli Poli = Perisa yang kaya dengan dark & white chocolate.
  4. Mindy Mint = Perisa campuran dark chocolate & peppermint.
  5. Caramello = Perisa campuran coffee fresh cream, white chocolate dan caramel.
Sedap bukan?

Namun, jika anda merupakan peminat tegar perisa yang lama dan terkenal seperti The Alien, Pink Twister, Chocoholic dan Say Cheese, jangan risau anda masih berpeluang untuk merasakan semua donut berperisa tersebut dalam bentuk mini donuts hanya di Big Apple Donuts & Coffee!

NOTA: Untuk pelanggan Big Apple Donuts & Coffee di sekitar Sabah, Sarawak dan Labuan, kesemua perisa baru donut ini akan datang pada separuh kedua tahun 2018!

Image via Harian Metro

Semua 36 perisa baru ini sememangnya lebih crunchy, creamy dan fruity!

Image via postimg.cc

Ingin tahu perisa apa lagi bakal dikeluarkan oleh Big Apple Donuts & Coffee?
Jom singgah di mana-mana cawangan yang berdekatan. Anda boleh rasainya sendiri! ;)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka sendiri: Website | Facebook

Image via WiffleGif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Huh? Campur kopi dengan bateri? Biar betul?

Nothing is impossible! ;)

Outlet Starbucks di negara tersebut akan ditutup sebagai tanda mohon maaf:

Guna bahan masakkan pun boleh kecilkan jerawat? Hebat!

You may be interested in: