“Tak Masak, Tak Isteri Enough?” - Netizen Melenting Dengan ‘Tagline’ Di Billboard GrabFood
Apa pendapat anda?
Isu mengenai billboard GrabFood kini semakin panas dibincangkan di laman Twitter dan mendapat perhatian netizen
Walaupun isu itu sudah dibahaskan, namun sehingga kini masih ramai yang masih membincangkannya. Ianya menjadi semakin trending kerana netizen telah menyuarakan pendapat dari sudut yang berbeza mengenai tagline billboard GrabFood tersebut.
Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang kuat dan berang dengan rata-rata netizen mengeluarkan kenyataan seolah-olah menjatuhkan kaum wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu.
Ini merupakan billboard GrabFood yang telah dijadikan isu hangat di laman Twitter:
Kenyataan yang dibincangkan oleh masyarakat adalah, "Pada era Malaysia Baharu, ibu ada pilihan untuk tidak masak."
Bermaksud ibu-ibu di luar sana masih boleh memberi dan menyediakan makanan untuk anak-anak dan suami hanya dengan memesan melalui penghantaran GrabFood.
Walaupun tagline tersebut hanyalah salah satu dari marketing strategy, ianya telah hangat dibincangkan di laman Twitter dari sudut yang berlainan:
Lelaki ini dikatakan baru sahaja berkahwin dengan wanita pilihannya. Dia juga telah berkongsi nasihat dari bapanya sendiri ketika dia memberitahu bapanya bahawa bakal isterinya tidak tahu memasak.
Jawapan bapanya, "Tak pandai masak tak apa, tapi biar pandai buat duit. Zaman sekarang makanan mana-mana boleh dibeli."
Malah, status itu juga telah mendapat perhatian ramai netizen di Twitter:
Seorang lelaki juga telah menyuarakan ketidakpuasan hati tentang isu ini dan memuat naik status di Twitter serta mendapat lebih daripada 30k retweets:
Status ini ditulis seolah-olah lelaki inginkan seorang wanita yang sempurna. Pandai memasak, pandai mengemas rumah, pandai menjaga anak, pandai bertukang, pandai bercucuk tanam dan sebagainya.
Jika semua skill di atas tidak dimiliki oleh seorang wanita, wanita itu tidak boleh digelar sebagai 'wife material'. Ramai juga mengganggap bahawa persepsi seperti itu adalah salah. Wanita tak seharusnya dilayan lebih kurang jika mereka tidak sempurna seperti yang diinginkan.
Status ini juga mendapat perhatian ramai dan mereka turut memberikan sokongan padu tanda mereka bersetuju dengan kenyataan lelaki ini.
Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang turut berkongsi pendapat bahawa dia tidak kisah jika isterinya tak masak. Kerana...
Kenyataan tersebut juga telah membuka mata netizen dan rata-rata bersetuju dan ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing:
Sumber: Twitter @mirulflzz
Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing tentang isu ini.
Suarakan pendapat anda di ruangan komen di bawah!