Pak Nil Kata Kepada Najib, "Tak Payahlah Ada GST Ni DS". Apa Yang Akan Najib Jawab?
Rakyat hanya mahukan jawapan yang telus dari Perdana Menteri.
Pengacara no. 1 negara Datuk Aznil Haji Nawawi berpeluang untuk bertanyakan soalan "panas" kepada Perdana Menteri berkenaan kos sara hidup rakyat
Datuk Aznil telah bertanyakan beberapa soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan terbaru berjudul #Bicara4Mata yang bakal muncul di kaca TV.
Menerusi Instagram, Datuk Aznil telah memuat naik sekeping gambar beliau bersama Perdana Menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur.
“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?” tanya Aznil.
“Tak payahlah ada GST ni," tulis Aznil yang mesra dipanggil Pak Nil.
"Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.
"Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soal Aznil lagi.
Aznil juga bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik yang kian menjadi isu utama perbincangan rakyat marhaen masa kini yang kebanyakannya tidak mampu untuk membeli rumah.
"Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri," keluh Pak Nil.
Bagi mengetahui jawapan kepada soalan-soalan itu, Pak Nil berkata mereka yang berminat perlu menonton program bual bicara terbarunya itu.
"Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM. Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang," tulis Pak Nil.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sempat mengulas tentang pertemuan Pak Nil bersama Datuk Seri Najib
Menulis di Twitter, Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pak Nil dan tidak sabar untuk menunggu jawapan yang telus daripada Najib.
"Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini," ujar beliau.
"Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari Najib Razak," tulis mantan Perdana Menteri itu lagi.
Terima kasih @aznilnawawiHM .
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 4, 2017
Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.
Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak . pic.twitter.com/osNDJdsy8q