Tak Puas Hati Dengan Kenaikan Harga Barang? Ini Langkah Untuk Buat Aduan
Take nota ya!
Setiap kali tiba musim perayaan pasti akan ada keluhan daripada masyarakat mengenai harga barangan mentah yang naik di pasar raya
Hal ini seolah-olah tidak ada jalan penamat apabila para pembeli terpaksa menghadap isu ini setiap tahun. Tentulah justifikasi paling mudah adalah disebabkan permintaan barangan yang tinggi pada musim perayaan telah mengakibatkan harga naik.
Mungkin ini sebahagian daripada strategi peniaga untuk mengaut keuntungan lebih pada musim perayaan.
Pihak kerajaan pula dilaporkan sudah menetapkan harga syiling bagi setiap barang keperluan ini. Namun, masih ada peniaga yang menaikkan harga barangan ini terutamanya ayam mentah dengan alasan harga dedak naik.
KPDNHEP lancarkan Skim Harga Maksimum
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.
Menurut Tuan Haji Azman Adam, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, bagi peringkat pertama, skim ini akan dilaksanakan kepada 12 barangan yang terdiri daripada ayam, daging, telur dan juga ikan.
Dalam pada itu, Azman menjelaskan kenapa harga tahun lepas lebih stabil adalah kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas, hampir semua aktiviti ekonomi dihadkan.
Pada ketika itu, tidak ada bazar Ramadan dan juga kedai makan hanya boleh buat pesanan secara bungkus sahaja. Bagaimanapun, pada tahun ini dilihat hampir semua sektor ekonomi berjalan seperti biasa.
Ia secara tak langsung telah meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu. Jadi disebabkan itu, pada tahun ini berlaku kenaikan harga, menurut Azman. Selain itu, faktor-faktor lain juga seperti kedudukan bahan mentah itu sendiri mempengaruhi harga barangan.
Ketika pandemik, bahan mentah yang diperolehi dari negara lura telah mengalami kenaikan harga. Jadi secara tak langsung harga barangan yang dijual dalam negara juga naik.
Cara Yang Betul Buat Aduan Kepada KPDNHEP
Harga siling sebagai panduan kepada para peniaga untuk tidak menjual pada harga lebih daripada yang ditetapkan. Kalau lebih, ia sudah dikira sebagai satu kesalahan. Jadi kita sebagai pengguna kena cakna dengan harga siling ini dan kalau ternampak ada peniaga yang menjual lebih daripada harga yang sepatutnya, boleh buat aduan dengan:
● Secara terus kepada pihak kementerian dengan pergi ke laman web eaduan.kpdnhep.gov.my
● Atau cara yang lebih mudah dengan melalui WhatsApp di nombor 019-2794 317.
Jadi kedua-dua cara ini boleh digunakan. Tapi bagi cara WhatsApp, anda perlu sertakan maklumat yang tepat seperti harga kenaikan, gambar dan juga lokasi bagi memudahkan pegawai bertugas ambil tindakan.
Sementara itu, dimaklumkan juga kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, kalau individu boleh didenda oleh Mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000.
Bagi syarikat pula, boleh didenda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000.
Jadi sebagai pengguna, ambil tahu harga yang sepatutnya dan lapor sekiranya ada peniaga yang cuba ambil kesempatan. Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.
Penulis: Hamka
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.
Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!