Tak Sempat Elak Kereta, Rider Motor Hampir Tercampak Ke Laut Maut Di Jambatan Pulau Pinang
Pemandu kereta itu telah menghidupkan lampu isyarat untuk memasuki kawasan parkir kecemasan di atas jambatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, gempar kes perlanggaran antara sebuah motosikal dan kereta di Jambatan Pulau Pinang yang melibatkan seorang penunggang maut
Perkara itu telah mencetuskan perbincangan hangat dalam ruangan komen video kejadian tragis yang dimuat naik di Facebook semalam, 11 Ogos.
Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 6.41 petang di lorong kecemasan jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Seberang Perai.
Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan kritikal dalam perlanggaran itu meninggal dunia akibat kecederaannya walaupun telah menerima rawatan perubatan, lapor Sin Chew Daily.
Video dashcam kejadian mula tular di media sosial
Menerusi video berkenaan, kereta putih itu sempat menghidupkan lampu isyarat dan bergerak ke arah kawasan hentian kecemasan di sebelah kiri jambatan.
Pada masa yang sama, penunggang motosikal yang menghampiri dari belakang gagal menekan brek tepat pada masanya dan melanggar bahagian kiri kereta tersebut.
Kesan hentaman yang kuat menyebabkan penunggang dan motosikalnya terhumban ke penghadang jambatan sehinggakan penunggang itu hampir terjatuh ke dalam laut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!