Tak Sanggup Punca Rezeki Dibawa Arus Banjir, Pakcik Cuba Memaut Motosikalnya Seorang Diri
Lama juga dia terfikir dekat situ hampir hanyut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, kawasan Masjid Tanah, Melaka telah dilanda banjir kilat
Hujan lebat turun sejak 5 pagi dan berlanjutan sehingga petang. Disebabkan itu, beberapa kawasan dinaiki air hingga ke paras 1 meter.
Berikutan itu, tular di media sosial yang memaparkan seorang pak cik bergelut dengan arus air banjir bersendirian membuatkan ramai sebak.
Susah hati nak tinggalkan motor sehinggkan hampir hanyut dibawa air
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik sedang berusaha cuba memaut motosikalnya yang tersangkut di tengah-tengah arus deras
Dia dilihat tidak sanggup meninggalkan motosikalnya dan tidak pun sesekali berganjak untuk menyelamatkan dirinya terlebih dahulu.
Difahamkan ia adalah disebabkan motosikal itu merupakan sumber pencarian rezekinya.
Setelah dipujuk oleh orang ramai yang memberikan bantuan di situ, akhirnya dia terpaksa melepaskan motosikalnya dengan hati yang berat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!