Tamak Haloba Punca Sampoong Department Store Runtuh Dan Ragut 502 Nyawa Pada 1995 Di Seoul
Kalau di Malaysia ada kisah Highland Tower, di Korea pula terkenal dengan kes ini.
Anda masih ingat tragedi Highland Tower yang menggempar negara pada tahun 1993. Insiden tanah runtuh itu telah meragut sebanyak 48 nyawa.
Menurut laporan, punca runtuhan adalah disebabkan hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh.
Selain itu, dipercayai kesilapan reka bentuk tembok penahan yang tidak sempurna turut menjadi punca runtuhan berlaku.
Tahukah anda bahawa dua tahun selepas peristiwa Highland Tower, satu tragedi sama berlaku di Seoul, Korea Selatan? Kali ini, seramai 502 nyawa terkorban dalam tragedi itu.
Satu akaun Twitter dikenali sebagai Errymoji berkongsi secara terperinci mengenai insiden tanah runtuh melibatkan Sampoong Department Store pada tahun 1995.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu telah mendapat 6.4 ribu retweets dan likes.
Walaupun sudah dinasihati pihak kontraktor, namun Pengerusi syarikat tetap berdegil dengan keputusannya
Walaupun tahu bangunan itu sudah tidak selamat namun ia masih dibuka kepada orang ramai kerana tidak mahu menanggung kerugian
Di hujung perkongsian tersebut, sempat dititipkan nasihat dan pengajaran yang boleh didapati daripada insiden ini
Tragedi itu kemudiannya turut dijadikan plot untuk drama Black yang keluar pada tahun 2017. Namun, nama bangunan diubah bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.