seismik

Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu 1 Februari Ini, "Kenaikan Masih Rendah" - SPAN

Kenaikan tarif air ini melibatkan kawasan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cover image via Sinar Harian & Zukidin.com

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tarif air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mengalami kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini

Menerusi laporan Berita Harian, pelarasan ini dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus, daripada 7.9 juta pemegang akaun.

Kenaikan 22 sen itu adalah purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Tarif baharu air itu dijangka membabitkan caj bil naik dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.

Penggunaan air domestik adalah dikesan sebanyak 237 liter per kapita setiap hari.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui kenyataannya berkata pelarasan tarif air ini akan dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

Kenaikan yang bakal dilakukan dikatakan masih rendah berdasarkan rekod sebenar pada tahun 2022

Menurut SPAN, berdasarkan TSM, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

"Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan supaya tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang, sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati rakyat.

"Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022.

"Melalui semakan tarif ini, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air seperti membina atau menaik taraf loji rawatan air dan membuat penggantian paip usang.

"Selain itu, operator air juga melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi jangkaan pengguna," kata SPAN.

Menurut SPAN, operator bekalan air di negeri masing-masing diminta meneruskan inisiatif sedia ada iaitu memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar antaranya pemberian rebat kepada golongan B40 bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: