seismik

Kim Pan Gon Minta Maaf, Akui Pemain Gugup Jadi Faktor Malaysia Tewas Ke Atas Jordan

Malaysia tewas ke atas Jordan 0-4 dalam perlawan pertama peringkat kumpulan Piala Asia.

Cover image via Football Association of Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon meminta maaf kepada peminat bola sepak tanah air susulan kekalahan ke atas Jordan awal pagi tadi

Menerusi laporan New Straits Times, Pengendali dari Korea Selatan itu akui kekalahan berikut adalah yang terburuk sejak dia mengambil alih pasukan itu pada Januari 2022.

Pan Gon akui pasukan negara dilihat gugup bermain di peringkat ini dalam masa yang sama melihat Jordan lebih bersedia dan bermain dengan baik.

"Jordan membuat permulaan yang baik pada separuh masa pertama tetapi bagi kami, saya fikir, mungkin bermain di pentas seperti ini, kami sedikit gugup.

"Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tetapi kita tidak mampu beri tentangan kepada Jordan," kata Pan Gon.

Kim Pan Gon tetap optimis dapat selesaikan kelemahan yang ada sebelum perlawanan seterusnya menentang Bahrain pada 20 Januari

Kim Pan Gon tetap percaya pasukannya akan ambil pasti kelemahan yang ada sebelum perlawanan kedua menentang Bahrain pada 20 Januari ini.

"Kami mempunyai dua lagi baki perlawanan dan tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku. Bahrain dan Korea Selatan kedua-duanya adalah pasukan yang baik.

"Kami mesti belajar sesuatu yang baru untuk membuat persiapan yang baik bagi perlawanan seterusnya kerana ia penting untuk kami," tambah Pan Gon.

Kekalahan terbesar Malaysia sebelum ini di bawah Kim Pan Gon adalah menentang Vietnam pada Disember, 2022 (3-0) dan Thailand pada Januari, 2023 (3-0).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: