seismik

Bertugas Atas Langit, Doktor Kongsi Pengalaman Bantu Pesakit Semasa Berada Dalam Pesawat

Selalu dalam movie je nampak scene macam ni.

Cover image via The Economic Times & Lattes & Runways

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya bila tonton filem menunjukkan suasana di dalam pesawat, pasti ada babak pramugari bertanya ada tak doktor dalam kalangan penumpang bukan?

Situasi ini betul-betul terjadi di dunia nyata apabila seorang doktor dari Malaysia kongsi pengalamannya membantu pesakit di dalam kapal terbang.

Menerusi perkongsian Rusyainie Ramli di Facebook, doktor itu bercerita dia sedang dalam perjalanan untuk ke Qatar ketika itu.

Semasa sedang tidur, dia terbangun setelah mendengar pengumuman daripada pramugari bertanyakan sama ada dalam kalangan penumpang ada doktor atau tidak antara mereka.

Secara spontan dia perkenalkan diri untuk membantu jika ada kecemasan yang berlaku. 

Kru kabin pesawat Qatar Airways bertindak dengan efisien kendalikan kecemasan dengan baik

Dalam hantaran itu juga, doktor tersebut memuji tindakan cekap kru kabin pesawat yang bertindak dengan baik mengendalikan kejadian terbabit.

Dia juga ada menyebutkan dia bersyukur keadaan pesakit dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang ada sementara menunggu empat jam lagi untuk tiba di Qatar.

Lihat hantaran penuh di sini:

Nasib baik ada doktor dalam pesawat tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: