seismik

Telefon Hilang 13 Bulan Yang Lalu Dalam LRT, Gadis Ini Gembira Akhirnya Dapat Jumpa Semula

Rezeki dia.

Cover image via @aimanelfath (Twitter) & Kosmo

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Telefon bimbit kini sudah menjadi satu keperluan bagi seseorang betul tak?

Ia bukan saja hanya sekadar mudah berhubung, tetapi macam-macam perkara lagi boleh dilakukan oleh telefon bimbit ini.

Sudah tentu semakin canggih sebuah telefon bimbit itu, semakin mahal harganya. Disebabkan itu, ramai yang perlu menjaganya dengan berhati-hati dan baik. 

Namun, tular satu ciapan di Twitter ini apabila seorang gadis berkongsi rasa syukurnya selepas menjumpai semula telefon bimbitnya di dalam LRT telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Jumpa balik telefon lepas 13 bulan tercicir dalam LRT

Menerusi ciapan tersebut, gadis itu berkongsi telefon bimbitnya telah hilang pada beberapa bulan yang lalu dan telah membuat laporan mengenainya.

Namun, rezeki berpihak padanya apabila pihak RapidKL menghubunginya beberapa hari yang lalu untuk memaklumkan telefon bimbitnya yang hilang sudah ditemui semula.

Difahamkan, lelaki yang menjumpainya itu bukanlah staf RapidKL. Tetapi, Aiman yang merupakan pegawai penyelia keselamatan memberitahu telefon tersebut dijumpai oleh salah seorang pekerjanya.

Lelaki yang menjumpai telefon itu risau jika dia dituduh mencuri peranti itu. Jadi, dia membuat keputusan untuk menyerahkan kembali telefon itu kepada Aiman supaya dapat dipulangkan semula kepada tuannya.

Dikatakan, lelaki berkenaan menjumpai nombor telefon adik kepada gadis itu dan cuba untuk menghubungi selepas membuat carian di ’emergency contact’ di dalam telefonnya.

"Wow nak lebih setahun pun masih dapat balik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 1,692 retweets, 148 quote tweets dan 7,633 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Bukan senang nak jumpa balik telefon yang dah lama hilang, memang rezeki dia :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: