Terdengar Tapak Kaki Di Bilik Hotel Bangkok, Lelaki Thai Ini Naik Bulu Roma Pukul 1 Pagi
Siap jumpa syiling dan tulisan pelik dekat dinding.
Siapa saja yang tak takut akan perkara yang mengejutkan dan seram bukan?
Sesiapa saja sudah pasti akan naik bulu roma dan terus cuak. Oleh sebab itu, kalau kita ke tempat orang, kita perlulah sentiasa menjaga percakapan dan sebagainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki Thailand berdepan dengan pengalaman seramnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dengar tapak kaki dan bunyi air dalam bilik mandi pukul 1 pagi
Menerusi posting berkenaan, kelihatan lelaki Thailand yang dikenali sebagai Thanawin Khamsorn menginap di sebuah hotel di Bangkok atas urusan kerja.
Lelaki itu check-in di hotel pada 11 Julai. Pihak hotel memberikan bilik 501 yang berada di tingkat lima kepadanya untuk satu malam. Harga sebilik itu sebanyak 1,200 bhat bersamaan RM158.
Disebabkan letih dan penat, dia memutuskan untuk tidur dan rehat kerana esoknya dia akan bekerja. Dia tertidur pada pukul 9 malam hingga 10 malam.
Namun, dia dilihat terjaga pada pukul 1 pagi kerana kedengaran bunyi tapak kaki dalam bilik. Bukan itu saja, dia juga terdengar air di bilik mandi terbuka dengan sendiri.
Dia kemudian merakam keadaan sekitar biliknya yang kemas dan bersih seperti tidak diganggu. Namun, yang peliknya apabila dia pergi ke balkoni, dia ternampak satu tempat penyembahan kecil yang diletakkan di situ. Kebiasaanya, orang akan meletakkan barang penyembahan di kawasan umum.
Yang membuatkannya lebih takut, dia terjumpa cop tapak kaki pada dinding. Dia juga menegaskan ia tidak wujud semasa dia masuk ke bilik itu.
Tambahan lagi, dia juga menemui beberapa syiling di bahagian katilnya. Menurut kepercayaan orang Thai, syiling ditempatkan di bawah tilam atau katil untuk menyewa tempat tersebut daripada makhluk ghaib.
Lebih membuatkan semua terkejut, lelaki itu mendapati sebuah tulisan 'Death' ditulis pada dinding dengan menggunakan ink warna merah.
Selepas mengumpul semua bukti, lelaki itu cuba meminta untuk menukar bilik kepada staf. Namun, dia masih tidak dapat lelap selepas menukar bilik ke tingkat dua.
Staf hotel juga memberitahu yang sebenarnya bilik tersebut memang tidak boleh digunakan untuk pengunjung. Semua berlaku disebabkan staf yang bertugas tidak tahu akan perkara ini.
Akhirnya, pihak hotel setuju untuk memulangkan duit kepada lelaki itu.
"Seramnya, pernah terbaca ada kubur dekat balkoni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 11K tanda suka, 5K komen dan 21K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!