[VIDEO] Nak Hadiahkan Anak Dapat No 1, Kisah Ibu Curi Kotak Pensel Ini Buat Ramai Sebak
Tangan ibu itu digari.
Baru-baru ini, tular video seorang peguam berkongsi kes yang pernah dikendalikan pada tahun 1998 yang masih segar dalam ingatannya
Kes itu mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang tidak mampu memberikan anaknya hadiah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Curi kotak pensel sebab nak hadiahkan anak dapat nombor satu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang peguam menceritakan pengalamannya membantu seorang wanita.
Kisahnya bermula apabila seorang wanita mencuri kotak pensel untuk hadiahkan anaknya kerana dapat nombor satu di sekolah.
Disebabkan ibu telah berjanji dengan anaknya, dia terpaksa merealisasikan impian anaknya dengan mencuri kotak pensel yang berharga RM18 di sebuah pasar raya. Kemudian, wanita itu digari dan dibawa ke mahkamah.
Peguam ini berbaik hati untuk menolong kes dengan percuma. Setelah beberapa tahun berlalu, peguam tersebut didatangi seorang lelaki yang memerhatikannya dengan lama. Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada wanita yang juga berjaya menjadi peguam.
"Semoga Allah balas semua kebaikan tuan, hebat cerita ini sedih saya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 926K tontonan, 70K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!