seismik

[VIDEO] Pengunjung Kongsi Terjumpa Objek Dipercayai 'Sihir' Di Tepi Pantai Port Dickson

Seramnya.

Cover image via Wa Fans (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, sihir merupakan perbuatan syirik dan dosa besar dalam Islam

Kebiasaannya, orang akan melakukan perbuatan sihir untuk mencapai matlamat dan kehendaknya. Namun, perkara itu adalah dilarang sama sekali. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki terjumpa objek pelik di tepi pantai Port Dickson telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Objek termasuk 'mantra', botol kaca dan gambar orang dijumpai

Menerusi video yang dimuat naik oleh Wa Fans di Facebook, kelihatan rakaman memaparkan situasi di tepi pantai di Port Dickson.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila lelaki berkenaan terjumpa objek pelik yang berada di pantai itu. Pada ketika itu, cuaca di situ hujan dan kilat tetapi lelaki itu seperti terpanggil untuk turun ke laut. 

Lebih menakutkan adalah apabila dia terjumpa botol kaca yang berisi surat seperti mantra dan gambar orang. 

"Mungkin takdir tuan punya badan temukan barang ini supaya dapat lepas dari sihir, mungkin doa orang yang sakit tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 222K tontonan, 1.3K tanda suka dan 290 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Keluarga mangsa sihir tampil berikan pencerahan mengenai video dan gambar yang tular

Kita doakan semoga tuan badan sihat dan cepat sembuh, amin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: