[VIDEO] Jarak Umur 34 Tahun, Wanita Ini Tak Kisah Orang Mengata Suami Macam Ayahnya
Cinta tak mengenal usia.
Tiada siapa yang tahu tentang jodoh, ajal dan maut
Hanya Allah saja yang tahu dan telah mengaturkan segalanya dalam hidup kita. Oleh sebab itu, kita tidak tahu siapa jodoh kita dan bila ajal akan tiba.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita berkahwin dengan lelaki berusia telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak kisah apa orang cakap tentang pasangannya
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua pasangan mempelai telah selesai upacara akad nikah dan telah sah menjadi suami isteri.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila jarak usia wanita itu dengan suaminya berbeza sebanyak 34 tahun.Dia lahir pada tahun 2004 manakala suaminya lahir pada tahun 1970.
Walaupun sering dikata orang, dia tidak peduli dan tetap berpendirian. "Usia bukan satu penghalang," tulisnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Iya benar usia bukan penghalang, tapi ini jauh sangat ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 227K tanda suka dan 17 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!