[VIDEO] Ibu Tak Cukup Susu, Nenek Berikan Air Masak Kepada Bayi Ini Buat Ramai Berang
Memandai-mandai je.
Ibu mana yang tak gembira melihat bayinya yang baru lahir sihat-sihat belaka
Namun, sebagai ibu juga rasa sedih apabila mengetahui dirinya tidak mampu untuk memberikan susu badan yang cukup kepada bayinya. Walau bagaimanapun, sudah pasti akan ada cara lain yang disarankan doktor.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang bayi terseksa kerana diberi air masak oleh neneknya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru beberapa hari lahir, nenek dah beri minum air masak sampai bibir bayi naik biru
Menerusi video berkenaan, kelihatan bayi itu terseksa dan menangis tanpa henti. Bibirnya juga kelihatan naik biru.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia diberi minum air masak oleh neneknya kerana ibunya kurang susu badan.
Perkara itu membuatkan bayi sesak nafas dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU selama 16 hari. Doktor mengatakan bahawa air yang diminum telah masuk ke bahagian paru-paru.
"Ini kerana orang paling tua selalu benar dan kita yang lebih berpendidikan akan disalahkan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.9M tontonan, 99K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen menyalahkan tindakan si nenek itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!