seismik

Netizen ‘Throwback’ Zaman Bawa 50 Sen Ke Sekolah Dulu, Terkejut Aiskrim Malaysia Harga RM1

Kalau dahulu, jumlah RM1 tu pun dah cukup untuk wang belanja di sekolah.

Cover image via pinterest , keluarga , Twitter @rsydanz

Isu mengenai kenaikan harga barang dan makanan bukanlah perkara baru di Malaysia. Rasanya ramai yang dah bersuara mengenai perkara ini.

Bayangkan dahulu, harga satu bungkus nasi lemak hanyalah sekitar 50 sen hingga RM1 sahaja, kini harganya meningkat kepada RM3.00 ke RM6.00 mengikut lauk. 

Selain itu, ramai juga yang mengakui bahawa RM50 kini semakin berkurang nilainya. Kalau dahulu, jumlah tersebut bolehlah juga memenuhkan troli di pasar raya. Sekarang, tidak lagi. 

Manalah rakyat tidak mengeluh dengan kos sara hidup yang makin meningkat ini. 

Nasi lemak.

Image via Asian Inspiration

Baru-baru ini, viral di laman Twitter mengenai aiskrim Malaysia yang pernah menjadi kegilaan kanak-kanak satu ketika dahulu

Semua bermula apabila pengguna Twitter, Rsydanz berkongsi foto menunjukkan aiskrim Malaysia pelbagai perisa. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu mendapat 7.1 ribu retweets dan 8 ribu likes.  

Namun, ramai nyata terkejut apabila aiskrim Malaysia yang dahulunya dijual serendah 10 sen kini dijual dengan harga RM1

Sementara itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Khairul Azri pula berkongsi memori membawa wang belanja sebanyak RM1 ke sekolah, satu ketika dahulu

Ternyata perkongsiannya itu mendapat banyak perhatian warganet

Fuh, rasanya macam sekejap je masa berlalu. Dulu dan sekarang memang banyak berbeza!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Zaman sekolah adalah masa paling best sebenarnya:

You may be interested in: