seismik

[TERKINI] BN Menang Besar Dalam PRN Melaka, Dapat 2/3 Majoriti Kerusi Untuk Tubuh Kerajaan

Barisan Nasional berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Cover image via Free Malaysia Today & Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Parti Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan 2/3 majoriti kerusi untuk tubuh kerajaan negeri di Melaka

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam di Menara Persekutuan.

BN berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Melaka setakat ini.

Antara kerusi DUN yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut:

- Taboh Naning

- Ayer Limau

- Tanjung Bidara

- Lendu

- Merlimau

- Durian Tunggal

- Duyong

- Rembia

- Asahan

- Kuala Linggi

- Kelebang

- Telok Mas

- Sungai Rambai

- Gadek

- Pantai Kundor

- Machap Jaya

- Rim

- Serkam

- Ayer Molek

- Paya Rumput

- Pengkalan Batu

Keputusan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka mengangkat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 esok selepas BN berjaya membentuk Kerajaan Negeri Melaka

Sulaiman Md. Ali

Image via Utusan Malaysia

Dipercayai majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Istana Melaka pada pukul 1 petang esok.

Sebagai rekod, Sulaiman sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN berjaya mendapat mandat kerajaan negeri.

Dengan kemenangan dua pertiga itu BN bukan sahaja akan membentuk kerajaan tetapi juga berupaya meminda perlembagaan negeri termasuk memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: