seismik

[TERKINI] Malaysia Catat Lebih 2,000 Kes Baru Positif Covid-19 Sehari Buat Pertama Kali

Kes paling tinggi hari ini sebanyak 2,188 kes.

Cover image via Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 2,188 lagi kes baru positif Covid-19 dicatatkan hari ini dan ianya pertama kali melepasi angka lebih dua ribu sehari

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,353 kes. Tiada kes import yang dilaporkan pada hari ini.

Negeri Selangor masih lagi mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes. Ini diikuti oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 232 kes dan negeri Perak sebanyak 112 kes.

Kes paling tinggi iaitu Selangor 1,623 dan sebahagian besarnya daripada Kluster Teratai

Selain itu, KKM juga memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 1,673 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah  44,153 kes.

Bagaimanapun, terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 341 kes.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: