seismik

[TERKINI] Selangor Lulus Had Umur Minimum Perkahwinan Kepada 18 Tahun

Selangor merupakan negeri pertama yang meningkatkan umur dibenarkan bagi orang Islam untuk berkahwin dari 16 hingga 18 tahun.

Cover image via Sinar Harian

Selangor telah mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama meningkatkan umur yang dibenarkan bagi orang Islam untuk berkahwin dari 16 hingga 18 tahun

Image via Hanasuva

Perkara ini berdasarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2018) yang antara lain menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam tersebut selepas disokong sebulat suara anggota DUN.

Sebelum ini, Seksyen 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah menetapkan bahawa umur minimum perkahwinan bagi lelaki Islam adalah tidak kurang daripada 18 tahun manakala bagi perempuan Islam adalah tidak kurang daripada 16 tahun.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari

Image via Selangor Kini

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, “Sultan Selangor telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mengkaji semula had umur perkahwinan bagi orang Islam di Selangor."

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini pernah menyatakan rasa bimbang akan kes penikahan bawah umur lalu membenarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyelaraskan had umur perkahwinan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Image via Mole.my

Namun begitu, Amirudin berkata RUU itu menyatakan bahawa perkahwinan di bawah umur 18 tahun masih boleh berlaku namum memperuntukkan agar permohonan itu perlu mendapatkan kebenaran daripada Hakim Mahkamah Syariah di negeri ini terlebih dahulu

Image via iKahwin

Katanya, RUU itu juga memperuntukan keperluan bagi ibu atau bapa atau penjaga, bertindak sebagai pemohon bagi pihak kanak-kanak bawah umur minimum, hendaklah menyertakan suatu afidavit.

"Semasa pendengaran permohonan tersebut hakim syarie akan mengarahkan kanak-kanak tersebut menjalani sesi kaunseling dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM)," katanya.

Hal ini adalah bagi memastikan setiap kanak-kanak lelaki atau perempuan yang bercadang untuk berkahwin dinilai daripada aspek mental, jasmani, sistem reproduksi, akhlak dan sosiologi.

Boleh lihat video di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di SAYS: