seismik

“Terus Jinak” - Cat Groomer Berjaya Buat Kucing Ganas Jadi Manja Ini Buat Ramai Kagum

Hebatlah abang ni.

Cover image via @kaka.cat.house (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda mempunyai kucing peliharaan, pasti anda mahu hantar mereka grooming, bukan?

Iyalah, grooming boleh buat kucing anda lebih bersih dan kemas, tetapi bukan semua kucing rela hati untuk dimandikan kerana mereka mungkin takut dengan air.

Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang cat groomer yang berjaya menjinakkan seekor kucing ketakutan telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kaka.cat.house

Terharu abang tapi rasa erba salah juga. Bukan apa, kesian kat hampa yang mai jauh-jauh semata-mata nak groom kucing. #kakacathouse #professionalgroomer #catgrooming #petgrooming #groomerlife #mandikucing #catgroomingpenang #catboardingpenang

bunyi asal - ariman s 22 - ariman s 22

Pada awalnya sangat takut, tetapi terus berubah manja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kaka.cat.house di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mencuba grooming seekor kucing yang ketakutan dan ganas.

Apa yang membuatkan netizen kagum adalah cara lelaki itu handle kucing tersebut dengan penuh sabar dan profesional. 

Lebih mengagumkan lagi adalah apabila kucing yang pada awalnya ketakutan itu berubah manja dan jinak.

“Abang pakai ilmu apa ni? Semua kucing jinak terus” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 252.7K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat cara cat groomer itu jinakkan kucing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, terus manja kucing tu dibuatnya. Abang ni memang power! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: