seismik

“Peminat Setia” - Si Anak Bongkar Emak Guna Barang Eco Shop Satu Rumah Ini Tarik Perhatian

Minat betul ya mak dia.

Cover image via @asharyf_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan bahawa Eco Shop merupakan kedai kegemaran ramai kerana harganya yang murah

Bukan itu sahaja, barangan yang dijual juga banyak dan buat rambang mata. Kalau dah masuk, confirm akan terbeli barang-barang yang tak dirancang.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini memaparkan situasi rumah seorang peminat Eco Shop yang dipenuhi wallpaper dari kedai itu telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asharyf_

Bila mak kau terlalu eco shop dan suka warna warni kehidupan

Che La Luna - Louis Prima

Anak bongkar si emak pasang wallpaper dari Eco Shop satu rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asharyf_ di TikTok, kelihatan pemilik video sedang merakam suasana di rumahnya.

Apa yang menghiburkan hati ramai adalah apabila hampir semua dinding rumah dipasangkan wallpaper dari Eco Shop termasuklah peti sejuk dan freezer. Ini semua angkara emaknya yang minat akan barangan Eco Shop.

Di ruangan kapsyen, pemilik video sempat menulis "Bila mak kau terlalu eco shop dan suka warna warni kehidupan".

“Wehh dah macam kedai wallpaper. Tinggal pilih dan bayar” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 140.3K views, 9K likes dan 538 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


Takpelah, asalkan mak dia bahagia :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: