Alkisah Sos "Gereja" Di Texas Chicken Malaysia: Perlukah Kita Boikot?
Apakah kesan isu sos celup "gereja" kepada Texas Chicken Malaysia?
Belum pun reda gelak ketawa tentang isu video Pokemon Najib VS Mahathir, kini isu sos "gereja" Texas Chicken pula menjadi bahan bualan netizen Malaysia
Ini bermula apabila seorang pengguna Facebook membuat aduan dan meminta penjelasan dari Texas Chicken Malaysia tentang sos celup berjenama Church yang menurut beliau tidak boleh dimakan oleh orang Islam.
Texas Chicken Malaysia bagaimanapun telah memberi maklum balas yang professional terhadap aduan itu pada hari yang sama
"Terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman, jenama Texas Chicken diasaskan di San Antonio, Texas, USA oleh pengasasnya bernama George W. Church Sr. 'Church' adalah nama keluarganya dan dijadikan sebagai jenama."
Yang lucunya, ada pula yang bertelagah sesama sendiri hanya disebabkan oleh perkataan Church tersebut sehingga perkataan ISIS dan Yahudi dilemparkan
Untuk makluman, Texas Chicken merupakan franchise untuk Church's Chicken bagi kawasan di luar Texas dan bagi pasaran antarabangsa
Perniagaan Church's Chicken dan Texas Chicken ini diasaskan oleh keluarga George W. Church sejak tahun 1952 lagi.
texaschickenmalaysia.comPerkataan church yang didapati pada restoran mahupun produk ini tiada kena-mengena dengan gereja, dan tiada agenda tersembunyi untuk memesongkan mana-mana penganut agama. Sebaliknya ia cuma nama pemilik perniagaan tersebut.
Mungkin perlu juga kami kongsikan di sini bahawa sekitar tahun 1980an, Texas Chicken buat pertama kalinya membuka perniagaan mereka di rantau Asia, iaitu di Indonesia
Di Indonesia sahaja ada 93 cawangan Texas Chicken.
texaschicken.co.idDan untuk menenangkan hati pembaca, majoriti penduduk Indonesia beragama Islam. Sudah tentu mereka pun tahu halal haram makanan, sama seperti kita kan?
ucanews.comMasih merasa ragu-ragu? Tahukah anda, Texas Chicken turut mempunyai beberapa cawangan di negara Emiriah Arab Bersatu seperti di Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Ras Al Khaimah dan Sharjah?
Rasanya kalau benar ia agenda tersembunyi seperti yang kita khuatiri, sudah tentu Emiriah Arab Bersatu yang juga sebuah negara Islam tidak akan menerima kehadiran Texas Chicken.
texaschickenme.comBerbalik kepada isu sos celup Church, adalah mustahil bagi Texas Chicken untuk menukar nama produknya kepada sesuatu yang lebih Islamik semata-mata untuk memenuhi kehendak segelintir pihak
Ini adalah kerana sos tersebut mungkin telahpun dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia dalam jumlah yang mungkin berjuta-juta.
Persoalannya sekarang, berdasarkan insiden perkataan church pada sos celup ini, perlukah kita memboikot Texas Chicken?
1. Segala jenis makanan dan minuman yang dihidang telah dijamin Halal oleh JAKIM
2. Pelanggan boleh isi air minuman mengikut sukatan yang diperlukan. Jadi boleh elakkan pembaziran.
3. Tiada keraguan yang perlu dipersoalkan kerana majoriti pekerja Texas Chicken juga adalah beragama Islam
BONUS: Hasil tinjauan kami di akaun Facebook individu yang membuat aduan tersebut, kami terjumpa satu "nasihat" yang diberi oleh laman Politicalgags.
Individu terbabit juga telah mengaku kesilapannya berdasarkan komen di atas.
Selain itu, kami juga menemui ini. Sempat lagi berseloroh ya.
Apa jawapannya? Kalau dah dapat lebih baik simpan dalam hati.