"That's A Good One" - Tanya Apa Maksudnya, Anak Mat Salleh Ini Puji Kemerduan Bunyi Azan
Comel je dia.
Sebagai umat Islam, adalah kewajipan kita untuk mendirikan solat bila masuk waktu
Dari segi bahasa, azan maknanya memberitahu. Dari segi syarak pula, azan ialah perkataan tertentu untuk memaklumkan orang ramai tentang masuknya solat fardhu.
Namun, bagi orang bukan Islam, mereka pasti tertanya-tanya apakah maksud azan itu. Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak kecil bertanyakan kepada ayah dan ibunya mengenai azan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tercengang seketika bila dengar laungan azan
Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga itu sedang berada di salah sebuah pusat beli-belah di Dubai.
Namun, semasa mereka sedang berjalan, kedengaran laungan azan menandakan sudah masuknya waktu solat.
Perkara itu membuatkan anaknya bertanya bunyi apakah itu dan apa maksudnya. Malah, budak itu siap memuji kemerduan azan berkenaan.
Difahamkan, ia adalah video lama yang kemudiannya dimuat naik semula sehingga mendapat perhatian ramai.
"Masya-Allah little girl, thank you for your impression and your curiosity" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji kanak-kanak itu dan bangga sebagai seorang Muslim.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 536.5K views, 52.6K likes dan 456 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!