seismik

Tiada Lagi Bazar Ramadan Untuk Tahun 2020, Ini 7 Jenis Juadah Yang Anda Pasti 'Rindui'!

Harap tahun depan dapat la pergi bazar Ramadan.

Cover image via vkeong

Setiap kali tibanya bulan puasa, perkara yang pasti ditunggu-tunggu oleh kita adalah bazar Ramadan

Image via thestar.com.my

Saban tahun, bulan mulia ini pastinya akan dimeriahkan dengan ratusan tapak bazar Ramadan yang dibuka di banyak tempat seluruh Malaysia.

Apa yang lebih menyeronokkan, jika dilihat bazar Ramadan bukan sahaja dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam, bahkan individu dari agama lain juga tidak ketinggalan untuk mengunjunginya. Ini kerana, pelbagai jenis makanan dan minuman yang sebelum ini mungkin sukar untuk dijumpai boleh dibeli di bazar Ramadan.

Namun tahun ini suasana bulan Ramadan di negara kita mungkin akan sedikit berbeza susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa tiada bazar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita tersebut mungkin telah mengecewakan rata-rata daripada kita namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata ia perlu dilakukan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang masih mengancam negara pada ketika ini.

Ketika pergi ke bazar Ramadan di tahun-tahun sebelum ini, sudah pastilah kita akan membeli pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dijadikan menu ketika berbuka

Image via Vision KL

Justeru itu, di sini kami senaraikan tujuh jenis juadah yang anda pasti rindui untuk beli di bazar Ramadan

1. Tepung pelita

Image via mStarr

Siapa sahaja yang tidak menggemari kuih tepung pelita bukan? Boleh dikatakan hampir di setiap bazar kuih ini dijual dan dibeli oleh pengunjung pada setiap kali tibanya bulan Ramadan. Rasa manis yang ada pada kuih ini membuatkan ia sering menjadi pilihan sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa. Agak-agak dapat ke kita merasa kuih tepung pelita ya untuk berbuka tahun ini? Hmmm...

2. Murtabak

Image via vkeong

Kami pasti murtabak merupakan salah satu makanan yang akan anda rindu untuk beli di bazar Ramadan. Terdiri daripada pilihan seperti ayam ataupun daging, ramai pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkannya dan dijadikan juadah berbuka puasa.

3. Roti John

Image via traveloka

Wajib ada dalam list tentulah roti john. Di mana-mana bazar sekalipun, roti john pastinya akan dijual kerana ia mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengunjung. Selain mempunyai pilihan antara ayam atau daging, kini roti john juga sering ditambah cheese bagi menyedapkan lagi rasa. Di setiap bazar, mesti akan dapat tengok satu barisan panjang untuk membeli juadah ini bukan? Rindunya suasana ni!

Tapi tak mengapalah, jika kali ini anda tidak dapat beli di bazar, anda cubalah buat sendiri di rumah. Mana tahu lagi sedap!

4. Nasi kukus ayam berempah

Sedapnya kalau dapat nasi kukus ayam berempah ketika berbuka! Mana tidaknya, ketika lapar, juadah seperti nasi inilah yang paling sesuai untuk dimakan. Pergi sahaja ke mana-mana bazar, nasi kukus ayam goreng berempah juga sering dijual dan menjadi pilihan pengunjung khususnya golongan bujang dan juga mereka yang bekerja.

Tapi tak apa, tahun ini try buat sendiri di rumah ok. Yang penting, sambal tu kena pedas dan sedap barulah nasi kukus ayam berempah anda 'terangkat'!

5. Air soya

Image via Google

Sebab tak ada lagi bazar Ramadan untuk tahun ini, mesti ramai yang rasa 'gelisah' mana nak dapatkan air soya bukan? Yelah, ada bazar, senang sahaja nak dapatkan air ni. Rasa air ini yang segar membuatkan ia sering dijadikan pilihan untuk 'diteguk' ketika berbuka. Tak kiralah soya panas ataupun soya sejuk, rasanya tetap sedap!

6. Popia basah

Image via Google

Popia basah juga akan turut menjadi juadah yang anda pasti rindui untuk beli di bazar. Kalau dapat inti yang padat tu lagilah sedap kan. Kalau nak tahu sedap ke tak, senang je. Selalu yang beratur panjang tu, maknanya sedaplah popia basah yang dijual. 

7. Nasi goreng, mee / bihun / kueh teow kuali besar

Image via Google

Haaa.. mesti ada yang tak sangka menu ni pun akan ada dalam list kan? Selalunya kalau anda perasan, nasi goreng, mee, bihun atau kueh teow yang digoreng dalam kuali besar ini sentiasa mendapat sambutan dan menjadi pilihan ketika pergi ke bazar. Mana tidaknya, harga yang jauh lebih murah di samping rasanya yang sedap menyebabkan ia sentiasa menjadi 'rebutan'. 

Tak apalah, sebab tak ada bazar tahun ini, anda gorenglah sendiri dekat rumah ok? Mesti lagi 'mengancam' rasanya.

Jadi sempena bulan Ramadan nanti, kita panjatkan doa agar negara kita dapat kembali pulih seperti sedia kala okay? InsyaAllah tahun depan kita bolehlah sambut bulan Ramadan seperti sebelum ini dan yang penting dapat pergi ke bazar!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak artikel menarik DI SINI:

You may be interested in: