seismik

Tinggalkan Komen Di Instagram Bekas Isteri, Hafidz Roshdi Dituduh Psiko Oleh Netizen

Hmm?

Cover image via @shushukriii (Instagram) & @hafidz.roshdi (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan penceraian pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa menceraikan isterinya atas dakwaan 'orang ketiga'

Perkongsian daripada bekas isteri pelakon itu sendiri ternyata membuatkan netizen kembali hangat apabila Hafidz sebelum ini pernah menafikan dakwaan kecurangannya.

Namun, siapalah kita mahu menentukan takdir yang tertulis betul tak? Difahamkan, Hafidz telah menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Tetapi, tular apabila Hafidz meninggalkan komen di ruangan gambar bekas isterinya ternyata telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Dituduh mental dan psiko oleh netizen

Menerusi posting tersebut, dapat dilihat bekas isteri pelakon itu memuat naik gambar berserta kapsyen "Salam Jumaat, alhamdulillah Shu, Humairah and Umar baik baik je kat sini. Doakan yang baik baik untuk kami."

Shuhada juga berkongsi foto terkini dirinya ketawa sehingga menampakkan giginya yang baru dipasang pendakap gigi.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan Hafidz yang meninggalkan komen pada gambar tersebut seperti seolah-olah tiada apa-apa berlaku sehingga membuatkan netizen berasa geram dan mendakwa dia mengalami masalah mental.

“Pergh! Pakai braces dah. Tahniah,” tulisnya.

Image via Utusan

"Ruginya awak melepaskan intan permata" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam dan membalas kembali dengan pelbagai reaksi marah mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 25.8K likes dan 1,1710 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:

Tak pasal-pasal kena serang ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: