seismik

Tular Abang Bas Buat Konten 'Crush' Dekat Budak Sekolah Rendah Kini Dalam Tahanan Polis

Kesian anak orang tak pasal-pasal masuk dalam konten tak berfaedah.

Cover image via Harian Metro & Abang Bas (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak semalam, satu Malaysia kecoh mengenai seorang pemandu bas sekolah yang dikatakan membuat konten crush mengenai murid sekolah rendah

Menerusi beberapa video yang viral di media sosial, lelaki berkenaan dilihat membuat konten dengan merakam seorang budak perempuan yang masih bersekolah rendah.

Kononnya, budak perempuan itu adalah crush nya. Apabila ramai mengecam tindakan pemandu bas berkenaan, dia sempat memberitahu bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tahu tentang konten yang dibuatnya.

Namun begitu, setelah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri mengambil tindakan untuk membawa kes tersebut ke pihak polis, 'abang bas' itu dikatakan terus memadam semua posting di TikToknya. Malah, akaunnya juga sudah tidak dijumpai.

Difahamkan, lelaki itu kini sudah ditahan pihak polis

Menurut laporan Harian Metro, pemandu bas berkenaan telah ditahan di Simpang Renggam, Johor Bahru awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, penahanan pemandu bas berusia 24 tahun itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira jam 2.57 pagi tadi.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

"Semalam, Polis Kontinjen Johor mengesahkan menerima laporan polis dan menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas dipandu seorang lelaki.

"Suspek memuatnaik rakaman video ke akaun media sosial TikTok dengan hantaran berkenaan masih wujud dan boleh diakses.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa telah melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Walau bagaimanapun, hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Difahamkan, pemandu bas itu mempunyai lebih 600,000 pengikut dan merakam video ketika memandu bas sekolah dengan wajah pelajar jelas kelihatan.

Dia kini disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membawa maksud seksual mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa sahaja cara secara berulang atau kerap.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik.

"Bagi kedua-kedua kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali selain denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: