seismik

Tular Video Alpaka Berjalan Bebas Dalam Mall Ini Tarik Perhatian Ramai Warganet

Advance betul Alpaka ni.

Cover image via @wahidah_199 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan mempunyai wajah yang comel, alpaka dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat mereka

Alpaka umumnya tinggal dalam kandang atau padang rumput yang dihias khas untuk mereka dan sering diternakkan sebagai haiwan perternakan sejak dahulu lagi.

Lain pula yang berlaku dalam sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan dua ekor alpaka sedang berjalan-jalan di dalam sebuah pusat beli-belah bersama tuan mereka.

Menerusi video berkenaan, orang ramai yang berada di situ turut tertarik dengan kehadiran dua ekor alpaka tersebut sehingga ada yang merakam dan mengambil gambar mereka.

Alpaka tersebut kelihatan sangat jinak dan baik apabila mereka hanya mengikut ke mana sahaja tuan mereka pergi dengan hanya bergantung kepada tali yang digantung di leher alpaka itu.

Image via @wahidah_199

"Comel sangat masalahnya alpaka ni" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di laman aplikasi TikTok, sehingga kini ia telah meraih 2.8M views, 6.7K likes dan 278 comments.

Manakala, komen netizen juga turut mencuit hati dan pelbagai reaksi diberikan terhadap video alpaka tersebut.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen:

Lihat video penuh di bawah:

Admin pun geram tengok dua ekor alpaka tu, comel sangat :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: