seismik

Emoji Buah Tembikai Sebenarnya ‘Simbol’ Palestin, Ramai Tak Tahu Tentang Sejarah Ini

Difahamkan, simbol 'buah tembikai' ini juga salah satu sejarah dan budaya orang Palestin.

Cover image via disarming design & THE NATIONAL

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakan platform kini dibanjiri ikon bergambar 'buah tembikai' untuk menzahirkan pendirian jelas terhadap konflik Hamas-Israel

Buah tembikai antara buah yang mudah untuk tumbuh hidup di Timur Tengah. Walaupun buah ini berasal dari Afrika Utara tetapi orang-orang Palestin menggunakan buah ini dalam masakan mereka.

Menurut sumber, suara sokongan dalam talian ke atas Palestin semakin kuat selepas kezaliman rejim Zionis terus menerima kecaman hebat pengguna media sosial.

Sebiji tembikai yang dihiris menampilkan kombinasi warna yang melambangkan bendera Palestin. Buah tembikai ini mempunyai buah yang merah, kulitnya yang hijau-putih dan bintik-bintik biji hitam, mengandungi semua warna bendera Palestin. Dengan kehadiran semua warna ini dalam sebiji tembikai, ia menjadi satu simbol menarik yang mencerminkan identiti bendera dan solidariti dengan Palestin.

Penggunaan simbol tembikai dalam konteks Palestin telah menjadi sesuatu yang tidak asing

Ia pertama kali muncul selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967, ketika rejim Tel Aviv merebut wilayah Tebing Barat dan Gaza.

Sejak itu, tembikai telah menjadi lambang perlawanan dan ketabahan rakyat Palestin dalam menghadapi penjajahan dan penindasan yang mereka hadapi.

Pada masa itu, pihak berkuasa melarang untuk mengibarkan bendera Palestin di dalam negara rejim Zionis itu dan menjadikannya kesalahan jenayah di Gaza dan Tebing Barat serta akan didakwa dan dipenjarakan atas alasan tersebut.

Oleh itu, orang-orang Palestin menggunakan simbol tembikai sebagai lambang protes untuk penindasan rejim Zionis terhadap identiti dan bendera kebangsaan mereka. Simbol ini melambangkan kesedihan, ketabahan dan keberanian dalam budaya mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: