[VIDEO] "Mohon Kena Panggil" - POV Azfar Heri & Imran Bard Bila Kawad Kaki Dalam PLKN
Awal betul ya mula berlatih kawad kaki.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak berita had umur bagi kemasukan ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sesi baharu menjadi bahan bualan netizen, ramai dalam kalangan pengguna media sosial berbincang mengenai kemungkinan dipanggil bagi menyertai program berkenaan
Namun, ada juga dalam kalangan mereka turut memberi cadangan supaya PLKN pada kali ini memberi peluang kepada pempengaruh untuk merasai pengalaman berada di kem.
Tular baru-baru ini di laman X, video Azfar Heri dan Imran Bard yang sedang membuat POV kawad kaki apabila mereka berdua masuk ke PLKN dengan kapsyen 'Me & Imran dalam PLKN' menarik perhatian warganet.
Apa yang lebih menarik, nama mereka berdua antara yang dicadangkan oleh warganet untuk menyertai program PLKN tersebut.
Bagaimanapun, Imran Bard tampil memberitahu bahawa dia terlebih dahulu pernah menyertai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
Imran Bard yang baru-baru ini mendapat perhatian warganet apabila pernah tular video menunjukkan aksinya yang menyebut perkataan 'gwenchana' dalam bahasa korea tampil membidas warganet yang menyuruhnya masuk PLKN untuk menjadi lebih 'keras'.
"Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni Juara kawad bersenjata ya. Setiap tahun pergi berkhemah dan berlatih tetap 'lembut' juga tak ada pun 'keras'," katanya.
"Jangan seronok sangat, nanti tiba-tiba sampai surat first batch" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di laman aplikasi X, sehingga kini ia telah meraih 858.4K views, 17K likes dan 270 comments.
Manakala, komen netizen juga turut mencuit hati dan pelbagai reaksi diberikan terhadap video kawad kaki tersebut
Berikut di bawah antara komen menarik netizen:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!