seismik

Tumpahkan Sedikit Kopi Tanda Lamaran Diterima Di Turki, Video Ini Raih Perhatian Ramai

Oh macam tu ya.

Cover image via Twitter

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, adat memasuk minang sememangnya dilakukan sebelum perkahwinan

Pada masa inilah pihak lelaki datang ke rumah bakal pengantin untuk membincangkan hal perkahwinan di antara dua belah keluarga.

Malah, ia juga sebagai tanda bahawa si lelaki berminat kepada si perempuan dengan menghantar rombongan sebagai tanda 'sudah berpunya'. Si perempuan boleh memilih untuk menerima atau menolak.

Namun, berbeza pula dengan video di negara Turki ini apabila seorang individu berkongsi tanda si perempuan menerima lamaran dengan cara yang unik.

Lihat video itu di bawah:

Tumpahkan sedikit air tanda terima lamaran

Menerusi video tersebut, difahamkan mereka sedang membincangkan hal perkahwinan di antara dua buah keluarga.

Dapat dilihat seorang wanita sedang menghidangkan air buat tetamu yang hadir. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat menumpahkan sedikit air kopi tersebut.

Difahamkan, di Turki jika si wanita menumpahkan sedikit air itu menandakan dia menerima lamaran atau pinangan daripada pihak lelaki.

Image via Twitter

"Kalau Melayu lagi buat tumpah tanda protes tak mahu kat dia tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 217.1K views, 735 repost dan 1,565 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Inilah yang dipanggil malu tapi mahu ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: